Penerima STR Fasa 3 Telah Diumumkan : Semak Segera
Penerima STR Fasa 3 telah diumumkan – Kerajaan telah mengumumkan senarai penerima sumbangan tunai rahmah bagi fasa ketiga. Perlaksanaan bayaran bantuan STR fasa berikutnya ini termasuk kategori bujang, warga emas, dan isi rumah yang layak.
Pengumuman ini diadakan untuk memastikan ketelusan dan keadilan dalam penyampaian bantuan kepada yang memerlukan.
PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 TAHUN 2025
Seperti sedia maklum pemberian inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2025. Bayaran 2 fasa sebelum ini telah selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu.
Penerima sumbangan tunai ini adalah mereka yang termasuk dalam kategori sistem dan kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bujang yang berpendapatan rendah, warga emas yang tidak berkemampuan, serta isi rumah yang terkesan oleh keadaan ekonomi semasa akan menerima bantuan ini.
Adalah penting bagi penerima untuk sentiasa mengemas kini maklumat peribadi mereka untuk memastikan kelancaran proses bantuan. Jika anda baru berkahwin, untuk dapatkan kadar bayaran isi rumah, anda perlu kemaskini maklumat.
BERAPA KADAR BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT KATEGORI?
Buat masa ini tiada pengumuman rasmi berkenaan jumlah bayaran yang akan dikreditkan pada fasa 3. Pihak kami akan kemaskini maklumat terkini berkenaan kadar bayaran yang akan dikreditkan selepas pengumuman dari kementerian kewangan.
Sebagai panduan, dibawah disediakan jumlah keseluruhan STR 2025 mengikut setiap kategori ;
KATEGORI KELUARGA / ISI RUMAH
- Golongan B40 : RM1,000 – RM2,500 (Kadar ditentukan mengikut bilangan anak)
- Golongan M40 : RM500 – RM1,250 (Kadar ditentukan mengikut bilangan anak)
KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS
- Belia bujang berumur 21 tahun keatas : RM600
- Warga emas berumur 60 tahun keatas : RM900.
Nota : Jumlah STR diatas akan dipecahkan pada 4 fasa pembayaran sepanjang tahun ini.
BILA TARIKH BAYARAN STR SETIAP FASA TAHUN INI?
Pembayaran sumbangan tunai rahmah fasa berikut dijadualkan akan disalurkan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2025. Kerajaan berusaha untuk memastikan segala bantuan ini sampai ke tangan penerima dengan cepat dan efisien agar mereka dapat mengurus kehidupan seharian dengan lebih baik.
Untuk rujukan, dibawah disediakan tarikh-tarikh jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 mengikut fasa ;
- Fasa pertama – Dikreditkan secara berperingkat bermula 22 Januari 2025
- Fasa kedua – Dikreditkan secara berperingkat bermula 24 Mac 2025
- Fasa ketiga – Dikreditkan pada bulan Ogos 2025 (tarikh rasmi akan dikemaskini)
- Fasa keempat – Dikreditkan pada bulan November 2025 (tarikh rasmi akan dikemaskini)
SEMAK SEGERA STATUS TERKINI PENERIMA STR
Pengemaskini maklumat terkini dan semakan status STR boleh dilakukan secara dalam talian sepanjang tahun ini. Untuk cek status anda, sila layari laman web rasmi – Bantuan Tunai MySTR 2025
KESIMPULAN
Pelbagai program kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan kerajaan MADANI pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai panduan umum.
The post Penerima STR Fasa 3 Telah Diumumkan : Semak Segera appeared first on Carianterbaru.