Penerima Bantuan Malu Ditampal Pelekat ‘Keluarga Miskin’
Penerima Bantuan Malu ditampal pelekat ‘Keluarga Miskin’ di rumah mereka dan ramai yang telah menarik diri dari menerima bantuan tersebut. Untuk makluman umum, setiap negara telah menyediakan pelbagai program bantuan bagi membantu penduduk tempatan.
PENERIMA BANTUAN KERAJAAN MALU

Baru-baru ini heboh di media sosial susula tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) menampal pelekat ‘Keluarga miskin’ di beberapa rumah penerima. Bantuan Program Keluarga Harapan (PKH) adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan yang diperkenalkan di negara Indonesia.
Mereka yang berkelayakan akan ditampal pelekat ‘keluarga miskin’ bagi mengenalpasti kategori penerima bantuan. Namun susulan tindakan tersebut, ramai penerima bantuan memilih untuk menarik diri daripada menerima bantuan yang diberikan.
Ramai orang berasa malu kerana terdapat pelekat (keluarga miskin) di kediaman mereka yang ditampal oleh PBT dan ini amat memalukan mereka. Untuk pengetahuan, program bantuan ini dilaksanakan di kawasan daerah Kapahiang Bengkulu, Indonesia.
Namun Pengarah Jabatan Sosial kawasan tersebut, Helmi Johan menjelaskan tindakan menampal tersebut bagi tanda ketulusan dan memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak menerima.
Tambahan beliau berkata pelekat tersebut tidak boleh ditanggalkan, dicabut atau ditutup oleh penerima. Jika didapati kesalahan melakukannya, mereka secara automatik dianggap menarik diri dan tidak layak menerima bantuan.
Perlaksanaan pemantauan telah dijalankan sejak 20 Oktober lalu di beberapa kawasan rumah penerima manfaat bantuan berkenaan. Terdapat kediaman penerima bantuan dilihat dalam keadaan mewah dan tidak seperti miskin sekaligus menimbulkan persoalan tentang kelayakan mereka.
Program bantuan PKH ini adalah usaha kerajaan Indonesia untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Mereka yang layak akan menerima bantuan seperti keperluan asas, makanan, pendidikan, kesihatan dan tempat tinggal.
Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kepada setiap tahun kerajaan pusat telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan yang boleh dinikmati. Pelbagai program bantuan yang ditawarkan bukan sahaja untuk kategori miskin, malah kebanyakkan bantuan menetapkan syarat adalah untuk golongan B40.
Untuk butiran berkenaan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini, sila layari laman rasmi https://ihsanmadani.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Pihak kami telah sediakan pelbagai informasi berkenaan inisiatif, kemudahan dan bantuan kerajaan yang boleh dimohon rakyat. Sila ke halaman utama Semak Disini untuk rujukan lebih informasi bantuan.
The post Penerima Bantuan Malu Ditampal Pelekat ‘Keluarga Miskin’ appeared first on CARIANTERBARU.