Pendidikan Percuma Melalui PTPTN Untuk Pelajar IPTA
Pendidikan Percuma Melalui PTPTN merupakan inisiatif khas untuk pelajar yang mengikuti pengajian di IPTA berstatus dari keluarga miskin.
PENDIDIKAN PERCUMA MELALUI PTPTN
Pada sidang Belanjawan 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berita baik untuk golongan belia. Bermula tahun 2026 kerajaan akan menyediakan pendidikan percuma melalui PTPTN kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membantu jutaan pelajar berjaya sejak berdekad tahun. Perlaksanaan pendidikan percuma ini akan memberi manfaat kepada lebih dari 5,800 pelajar dari keluarga miskin atau B40 terjejas.
Mereka yang berkelayakan akan dapat menikmati pendidikan secara percuma sepenuhnya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara. Ini merupakan inisiatif baharu PTPTN yang dilaksanakan mulai tahun hadapan.
MANFAAT PENDIDIKAN PERCUMA PTPTN
Dengan adanya inisiatif seperti ini akan dapat mengurangkan jurang sosial antara pelajar dari keluarga miskin dengan hutang pendidikan. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti tanpa pelajar perlu memikirkan masalah kewangan.
Tidak adanya tekanan dapat menggalakkan keputusan cemerlang dalam akademik pelajar. Inisiatif ini sangat memberi manfaat kepada para pelajar terutama golongan memerlukan.
Berikut dikongsikan 3 perkara penting berkenaan butiran bantuan pendidikan PTPTN tahun 2026 yang telah diumumkan :
- Pendidikan Percuma PTPTN : Pinjaman percuma kepada pelajar IPTA dari keluarga miskin dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.
- Pengecualian bayaran balik : Inisiatif untuk mahasiswa yang peroleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas pertama di IPTA. Dibuka untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dengan peruntukkan sebanyak RM90 juta.
- Sekatan perjalanan ke luar negara : Bagi pelajar / peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara akan dikenakan tindakan sekatan.
Perlaksanaan inisiatif khas untuk pelajar ini akan mula dilancarkan pada tahun 2026. Kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini.
Untuk lebih info berkenaan butiran yang telah diumumkan, sila layari portal rasmi Belanjawan 2026 diĀ https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada di laman utama atau sertai channelĀ WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info.
The post Pendidikan Percuma Melalui PTPTN Untuk Pelajar IPTA appeared first on Carianterbaru.