Pendaftaran Bantuan KDE RM1000 Kini Dibuka!
Pendaftaran bantuan KDE RM1000 kini dibuka! Kerajaan Selangor telah melancarkan inisiatif Skim Khairat Darul Ehsan dengan tujuan membantu golongan yang memerlukan. Program ini disediakan khusus kepada warga emas dan individu Orang Kelainan Upaya (OKU).
Bantuan sebanyak RM1000 ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka yang layak.
PENDAFTARAN BANTUAN KDE RM1000 TAHUN 2025
Untuk makluman, pendaftaran bagi bantuan KDE RM1000 akan dibuka dari 1 Jun hingga 31 Disember 2025. Individu berumur 50 tahun ke atas dan golongan orang kelainan upaya (oku) digalakkan untuk memohon secara dalam talian.
Peruntukan bantuan bantuan KDE ini adalah sebanyak RM20 juta dengan menyasarkan 20,000 penduduk menerima manfaat tersebut. Kadar bayaran bantuan juga telah dinaikkan kepada RM1000 berbanding tahun lalu RM500.
Ini adalah satu peluang berharga bagi mereka yang memerlukan sokongan kewangan. Kepada semua penerima skim Mesra Usia Emas, Iltizam Selangor Sihat, dan skim Insurans Am akan layak secara automatik.
Namun, mereka disarankan untuk mengemaskini maklumat terkini bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar. Pastikan semua maklumat peribadi adalah tepat dan terkini untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
Inisiatif ini adalah langkah positif daripada kerajaan untuk memberikan bantuan kepada lapisan masyarakat yang memerlukan. Dengan pendaftaran secara dalam talian, proses ini menjadi lebih mudah dan efisien.
Jangan lepaskan peluang ini dan pastikan untuk mendaftar sebelum tarikh akhir. Untuk semak kelayakan dan daftar permohonan, sila kunjungi laman web rasmi – https://kde.yawas.com.my/
Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pelbagai inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri, si ke halaman utama carianterbaru.
The post Pendaftaran Bantuan KDE RM1000 Kini Dibuka! appeared first on Carianterbaru.