Pemberian Bantuan Bonus Raya Haji RM2000 : Tarikh Bayaran
Pemberian Bantuan Bonus Raya – Dalam usaha untuk meringankan beban kewangan penjawat awam, kerajaan telah mengumumkan insentif khas. Bonus berjumlah RM2,000 ini akan disalurkan secara berperingkat kepada penjawat awam yang berada di gred 56 dan ke bawah.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada belanjawan 2025 yang bertujuan untuk menyediakan sokongan kepada mereka yang berkhidmat dalam sektor awam.
PEMBERIAN BANTUAN BONUS RAYA 2025
Inisiatif bantuan khas kewangan kepada golongan penjawat awam adalah sebahagian insentif yang disediakan dibawah bajet Belanjawan. Bonus raya ini telah disalurkan secara berperingkat dan dijadualkan bermula pada tahun 2025.
Langkah ini diambil bagi memastikan proses pengagihan berjalan lancar dan efisien. Semua penjawat awam di gred yang ditetapkan dijemput untuk bersedia menerima bantuan ini yang diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka semasa menghadapi musim perayaan.
Pemberian bantuan ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada penjawat awam yang merasakan tekanan kewangan. Dengan adanya bantuan bonus ini, mereka dapat merancang lebih baik perbelanjaan semasa musim perayaan.
Kerajaan berkomitmen untuk terus menyokong penjawat awam dan memperbaiki taraf kehidupan mereka melalui inisiatif-inisiatif seperti ini yang akan dilaksanakan dalam belanjawan tahun ini.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN BONUS 2025
Inisiatif khas ini diberikan secara automatik kepada ;
- Warganegara Malaysia
- Penjawat awam tetap atau secara kontrak di sektor kerajaan
- Gred 56 dan kebawah sahaja
- Termasuk anggota pasukan beruniform.
PECAHAN BAYARAN BANTUAN BONUS RAYA
Sebagai rujukan, dibawah disediakan pecahan tarikh bayaran bonus RM2000 mengikut peringkat ;
- Pembayaran Fasa pertama : Dikreditkan pada bulan Januari 2025 (RM1,000)
- Pembayaran Fasa kedua : Dikreditkan pada bulan (Jun/ Julai) 2025 (RM500)
- Pembayaran Fasa ketiga : Dikreditkan pada bulan (November/ Disember) 2025 (RM500).
Tarikh rasmi bayaran bonus ini akan dikemaskini selepas pengumuman dari Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam – JPA
Kepada yang terlepas pandang, gaji penjawat awam pada bulan ini diawalkan (22 Mei 2025) sempena menyambut hari pesta keamatan.
KESIMPULAN
Kerajaan MADANI telah sediakan bermacam program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai khusus meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Pemberian Bantuan Bonus Raya Haji RM2000 : Tarikh Bayaran appeared first on Carianterbaru.