BANTUANSARA

Pembayaran Bantuan SARA RM200 Mula Dikreditkan

Pembayaran bantuan SARA RM200 telah mula dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima pada bulan Jun 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang layak dan memerlukan bantuan dalam kehidupan seharian.

PEMBAYARAN BANTUAN SARA RM200 SEBULAN

Kerajaan telah melaksanakan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini adalah inisiatif dibawah Belanjawan 2025.

Kategori penerima yang terlibat dalam program ini adalah bujang, isi rumah, dan warga emas. Dengan pelaksanaan bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban kewangan bagi lebih 5.4 juta penduduk Malaysia, termasuk mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan sedang menghadapi kesukaran.

Jumlah keseluruhan bayaran SARA pada tahun ini adalah sehingga RM2,100 dan amaun ditentukan mengikut kategori kelayakan. Bayaran bantuan ini tidak diberikan secara tunai, ianya disalurkan secara terus ke dalam mykad.

Bermula April sehingga Disember 2025, bayaran bulanan SARA ini disalurkan sebanyak RM50 kepada bujang, RM100 isi rumah B40, RM150 warga emas miskin dan RM200 isi rumah miskin. Amaun bantuan yang dikreditkan dalam IC ini boleh digunakan untuk beli barangan keperluan di pasaraya seluruh negara.

Pemberian sumbangan asas rahmah (SARA) ini bukan sahaja memberikan bantuan kewangan, tetapi juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam menjaga kesejahteraan rakyat. Dengan pengkreditan yang sistematik, penerima dapat menerima bantuan tepat pada masanya, memberikan mereka harapan dan keterjaminan dalam kehidupan mereka.

CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN BANTUAN SARA?

Sekiranya anda merupakan penerima STR tahun ini, anda automatik layak untuk semak status SARA secara dalam talian. Untuk cek sama ada anda layak terima bayaran pada bulan Jun ini, sila layari laman web rasmi – MySARA 2025

Anda hanya perlu masukkan maklumat yang diperlukan dan status jumlah bayaran anda akan dipaparkan pada skrin jika berkelayakan. Kepada penerima yang layak, amaun bantuan perlu digunakan sebelum tarikh luput (setahun).

KESIMPULAN LEBIH LANJUT

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan bermacam program dan inisiatif berbentuk bantuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Pembayaran Bantuan SARA RM200 Mula Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button