PEKA B40 adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Madani untuk membantu golongan B40 di Malaysia mendapatkan perkhidmatan kesihatan secara percuma. Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan, terutama dalam menghadapi kesulitan kesihatan yang mungkin timbul.
APA ITU INISIATIF PEKA B40?
Program ini adalah merupakan sebuah kemudahan bantuan kesihatan yang disediakan kerajaan secara percuma untuk golongan B40. Antaranya seperti memudahkan akses perawatan kesihatan, rawatan penyakit kritikal dan bantuan kewangan kos rawatan.
Demi membolehkan rakyat Malaysia mengetahui kelayakan mereka untuk mendapatkan bantuan kesihatan ini, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan untuk semakan status penerima PEKA B40. Dengan semakan ini, rakyat dapat memastikan sama ada mereka termasuk dalam senarai penerima bantuan, yang tentu dapat meringankan beban perbelanjaan kesihatan mereka.
MANFAAT PEKA KEPADA UMUM
Melalui program ini, rakyat boleh dapatkan manfaat seperti ;
- Pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk mengesan penyakit seperti diabetes, kolestrol dan sebagainya
- Rawatan penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, strok dan berkaitan
- Bantuan kewangan disediakan untuk kos rawatan perubatan.
SIAPA LAYAK MENERIMA BANTUAN INI?
Untuk makluman, program PEKA tidak memerlukan sebarang permohonan, bantuan disediakan secara automatik kepada golongan B40. Antara syarat asas adalah seperti di bawah ;
- Warganegara Malaysia
- Golongan B40 (Pendapatan dibawah RM4000)
- Warga emas
- Orang Kurang Upaya
- Pesakit menghidapi penyakit kritikal
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS PENERIMA PEKA B40?
Langkah-langkah untuk membuat semakan status Peka B40 adalah mudah dengan secara dalam talian. Pengguna hanya perlu melayari laman web rasmi yang disediakan oleh kerajaan dan mengikuti arahan yang diberikan.
LAYARI LAMAN RASMI PEKA UNTUK SEMAK STATUS ANDA – https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
Pastikan anda mempunyai maklumat peribadi yang diperlukan untuk proses semakan. Dengan adanya peka b40, kerajaan Madani menekankan betapa pentingnya semua rakyat, terutama dari golongan B40, untuk mendapat perhatian dan pembelaan dalam aspek kesihatan.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post PEKA B40 : Semakan Status Penerima Bantuan Kesihatan appeared first on Carianterbaru.