Baki BayaranMyKasihSARA

Panduan Semakan Baki SARA MyKasih November & Disember

Panduan Semakan Baki SARA MyKasih bagi bulan November & Disember 2025 disediakan di halaman ini untuk rujukan umum.

SEMAKAN BANTUAN SARA MYKASIH

PANDUAN SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH

Seperti yang diketahui umum, inisiatif Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah merupakan sebuah bantuan kerajaan dibawah Belanjawan 2025. Pemberian insentif SARA ini disalurkan setiap bulan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan.

Program SARA MyKasih pada tahun ini memberi manfaat kepada sekitar lebih 5 juta penduduk dengan kadar bayaran bantuan sehingga RM2,200 setahun. Sehingga hari ini pembayaran SARA berbaki 2 bulan sahaja lagi iaitu November dan Disember 2025.

Kategori penerima yang akan terima bayaran SARA bulan November dan Disember adalah bujang, isi rumah dan warga emas. Mereka yang berstatus B40, miskin dan miskin tegar layak menerima SARA tanpa perlu kemukakan permohonan.

Pengagihan bayaran SARA dalam bentuk ewallet dikreditkan secara terus ke dalam mykad setiap individu. Penerima bantuan ini perlu pastikan cip mykad sentiasa dalam keadaan berfungsi kerana penebusan bantuan ini memerlukan pengesahan mykad di kaunter bayaran.

PANDUAN SEMAKAN BAKI SARA NOV & DIS

Sebagai panduan, berikut dikongsikan kadar bayaran SARA yang akan disalurkan pada bulan November dan Disember ini mengikut setiap kategori penerima :

  • Isi rumah/ keluarga  Penerima STR sahaja : RM100 November & RM100 Disember
  • Isi rumah/ keluarga  Penerima STR & Ekasih : RM200 November & RM200 Disember
  • Warga emas Penerima STR sahaja : RM50 November & RM50 Disember
  • Warga emas Penerima STR & Ekasih : RM150 November & RM150 Disember
  • Bujang Penerima STR & Ekasih : RM50 November & RM50 Disember.

Nota : Kadar bayaran diatas akan dikreditkan pada awal bulan dan nilai boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan baki bayaran SARA boleh dibuat secara dalam talian melalui laman portal rasmi MySARA di https://www.sara.gov.my/

Individu hanya perlu masukkan no kad pengenalan pada ruang semakan dan nilai baki akan dipaparkan pada skrin jika berkelayakan seperti gambat dibawah.

SEMAKAN SARA

PENUTUP & LEBIH INFO

Kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang berkeperluan. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmi WhatsApp Carianterbaru untuk lebih informasi.

The post Panduan Semakan Baki SARA MyKasih November & Disember appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button