Panduan Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Bulanan
Panduan Pengeluaran Simpanan KWSP secara bulanan telah disediakan di halaman ini sebagai rujukan kepada ahli yang ingin buat pengeluaran.
KEMUDAHAN PENGELUARAN SIMPANAN KWSP

Adakah anda cari cara untuk keluarkan duit KWSP anda setiap bulan mungkin untuk membayar ansuran rumah atau dalam situasi memerlukan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi, pelaburan atau kecemasan.
Untuk makluman umum, terdapat beberapa kategori pilihan pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan oleh ahli secara bulanan. Setiap kemudahan pengeluaran telah ditetapkan syarat dan proses permohonan yang berbeza.
Kepada yang terlepas pandang, bermula tahun 2025 KWSP telah menstrukturkan semula jenis akaun seperti dibawah :
- Akaun 1 – Akaun Persaraan
- Akaun 2 – Akaun Sejahtera
- Akaun 3 – Akaun fleksibel
Setiap akaun mempunyai fungsi masing-masing yang boleh dimanfaatkan oleh setiap ahli KWSP.
Antara jenis-jenis pengeluaran sebahagian yang dibenarkan secara bulanan adalah seperti berikut :
- Pendidikan
- Beli rumah
- Umur 50 tahun
- Bina rumah
- Mengurangkan/ menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Perumahan fleksibel dan perumahan PR1MA
- Haji
- Kesihatan
- Simpanan melebihi 1 juta.
PANDUAN PENGELUARAN SIMPANAN KWSP
Bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar, semak panduan yang telah disediakan seperti di bawah :
- Layari laman pautan rasmi i-Akaun KWSP
- Log masuk ke i-akaun KWSP menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan
- Pilih jenis pengeluaran yang anda mahukan dan bersesuaian
- Isi borang permohonan dan muat naik dokumen penting yang diperlukan
- Hantar borang permohonan dan tunggu maklum balas
- Terima bayaran – Jika permohonan diluluskan, wang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank pemohon.
Nota : Untuk memastikan pengeluaran KWSP berjalan baik pastikan anda pilih kategori pengeluaran mengikut keperluan dan bersesuaian. Perkara ini adalah bagi tidak menjejaskan simpanan persaraan pada masa hadapan.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan telah sediakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan Semak Disini untuk rujukan lebih informasi.
The post Panduan Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Bulanan appeared first on CARIANTERBARU.