BANTUANBantuan KerajaanSARASTR Tambahan

Bantuan Tambahan STR RM2100 : Semak Status Bayaran

Bantuan tambahan STR RM2100 telah mula dikreditkan melalui MyKad secara berperingkat sepanjang tahun ini kepada rakyat Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu golongan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

PEMBERIAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM2100

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif kerajaan yang berfungsi sebagai bantuan tambahan kepada mereka yang sudah menerima bantuan tunai STR. Dengan program ini, keluarga dan individu yang layak akan menerima sokongan kewangan tambahan bagi menampung keperluan asas mereka.

Pemberian SARA pada tahun ini telah diperluaskan kepada kategori bukan miskin dan B40. Sekitar 5.4 juta penduduk Malaysia layak mendapatkan manfaat SARA berbanding tahun lalu hanya 700,000 penerima.

Bayaran SARA ini diberikan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad (IC) dan nilai bantuan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit.

Penyaluran bantuan ini bertujuan untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada keperluan minimum tanpa tekanan kewangan yang berlebihan. Untuk memastikan anda layak bagi bantuan tambahan yang ditawarkan, adalah penting untuk memeriksa syarat kelayakan yang ditetapkan.

Biasanya, dokumen pengenalan seperti MyKad diperlukan bagi membantu proses pengesahan. Sekiranya anda sudah menerima bantuan tunai rahmah, tiada langkah tambahan yang perlu diambil.

Pembayaran akan dilakukan secara automatik kepada akaun mykad yang telah didaftarkan. Secara keseluruhan, program bantuan tambahan STR RM2100 melalui MyKad adalah langkah positif yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan masyarakat dan membantu meringankan kesusahan ramai dalam komuniti.

Seiring dengan penyaluran bantuan ini, adalah diharapkan agar lebih banyak keluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera. Setiap kategori akan menerima bayaran bantuan SARA pada kadar yang telah ditetapkan.

KADAR JUMLAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR MENGIKUT KATEGORI

Sebagai rujukan, berikut adalah jumlah bayaran SARA pada tahun ini mengikut setiap kategori ;

  • RM2100 : Kategori isi rumah miskin dan miskin tegar
  • RM900 : Kategori isi rumah bukan miskin dan B40
  • RM1650 : Kategori warga emas miskin dan miskin tegar
  • RM450 : Kategori warga emas bukan miskin dan B40
  • RM600 : Kategori bujang miskin dan miskin tegar.

Nota : Hanya kategori bujang B40 sahaja yang tidak menerima bayaran SARA pada tahun ini.

SEMAK STATUS BAYARAN SARA 2025

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini yang masih belum membuat semakan. Anda boleh cek sama ada layak atau tidak menerima insentif SARA ini secara online melalui laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Selain SARA terdapat lebih banyak lagi inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan MADANI bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Tambahan STR RM2100 : Semak Status Bayaran appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button