BANTUANEPOKU

Bantuan EPOKU RM450 Sebulan : Permohonan Dibuka!

Bantuan EPOKU RM450 sebulan ditawarkan khusus kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mencari sumber pendapatan. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan memberikan sokongan kepada mereka yang berusaha untuk memastikan kehidupan yang lebih baik.

PROGRAM BANTUAN EPOKU RM450 SEBULAN

Kerajaan pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini. Program inisiatif Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ini memberikan bantuan sebanyak RM450 sebulan.

Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu memenuhi beberapa syarat penting. Pertama, pemohon perlu merupakan individu yang berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BANTUAN EPOKU

Selain itu, pemohon hendaklah telah mendapatkan pekerjaan secara tetap dan mempunyai pendapatan. Proses permohonan adalah mudah dan terbuka kepada semua golongan OKU yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

CARA MOHON BANTUAN EPOKU – PERMOHONAN DIBUKA!

Bagi memohon bantuan EPOKU, pemohon boleh mengunjungi laman web rasmi JKM atau pejabatan kebajikan masyarakat di kawasan mereka. Dengan memuat turun borang permohonan yang tersedia, pemohon boleh mengisi maklumat yang diperlukan dan menyerahkan borang tersebut berserta dokumen sokongan.

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam program EPOKU adalah seperti berikut ;

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Individu berstatus (Orang Kurang Upaya)
  • Mempunyai pekerjaan
  • Bukan berada dalam golongan M40 atau T20.

Setelah permohonan dikemukakan, pemohon hanya perlu menunggu maklum balas daripada pihak berkenaan. Bantuan ini diharapkan dapat memberi sokongan kepada golongan OKU yang berusaha untuk menambah baik taraf kehidupan mereka.

Untuk panduan selengkapnya dan cara daftar permohonan, sila layari laman web rasmi – eBantuan JKM

Sekiranya anda merupakan golongan OKU bekerja atau mempunyai kenalan yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat dari program ini. Pihak JKM telah menyediakan lebih banyak inisiatif bantuan yang boleh dimohon oleh pelbagai lapisan masyarakat pada tahun ini.

LEBIH INFO BANTUAN

Jika anda berada dalam kelompok B40 dan golongan memerlukan, terdapat banyak kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan EPOKU RM450 Sebulan : Permohonan Dibuka! appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button