PercumaPetrol

Minyak Petrol Percuma Untuk 500 Penunggang Motorsikal Terawal

Minyak Petrol Percuma untuk 500 penunggang motorsikal terawal sempena program “Jom isi minyak Motorsikal percuma” hari ini.

PROGRAM MINYAK PETROL PERCUMA

MINYAK PETROL PERCUMA

Untuk maluman umum, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melancarkan sebuah anjuran kempen minyak petrol percuma. Pada 7 Oktober 2025, seramai 500 penunggang motorsikal menerima manfaat bantuan petrol percuma bernilai RM10.

Program kempen ini diadakan di stesen minyak Petronas seksyen 13 Shah Alam pada hari ini. Program ini dilaksanakan sempena sambutan jubli Perak ke 25 tahun MBSA.

Bagi pengetahuan umum, kempen ini memberi tumpuan kepada penunggang motor yang merupakan penjawat awam, penghantar makanan dan para pelajar di sekitar kawasan Shah Alam.

Dengan adanya kempen seperti ini dapat menjadi platform merapatkan hubungan perpaduan serta silaturrahim antara warga setempat dengan pihak MBSA. Walaupun bernilai RM10 dapat memberi manfaat dan meringankan kos pembiayaan minyak motorsikal.

SUBSIDI MINYAK PETROL RON95

Bermula bulan Oktober ini, kerajaan telah melaraskan subsidi secara bersasar untuk minyak petrol RON95 seluruh negara. Kadar harga pasaran baharu bagi minyak RON95 adalah RM2.60 seliter dan RM1.99 seliter bagi bersubsidi.

Setiap pemegang kad pengenalan Malaysia dan mempunyai lesen memandu layak menerima bantuan subsidi ini setiap bulan. Kuota subsidi minyak RON95 adalah 300 liter per bulan bersamaan RM200 sebulan yang boleh ditebus.

Kuota 300 liter akan dikemaskini setiap 1 hari bulan bagi setiap akaun dan anda boleh membuat semakan baki yang tinggal. Pastikan cip mykad setiasa dalam keadaan baik kerana setiap kali penebusan subsidi ini memerlukan pengesahan mykad di kaunter stesen minyak.

Untuk kemudahan pembayaran tanpa perlu tunjukkan mykad anda boleh menggunakan aplikasi seperti TNG, Setel dan caltexGo. Urusan penebusan subsidi lebih mudah dan cepat dengan pembayaran secara ewallet tanpa perlu ke kaunter.

Untuk maklumat lengkap berkenaan BUDI95 dan semakan status kelayakan, anda boleh layari laman portal rasmi di https://www.budi95.gov.my/

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk pada laman utama.

The post Minyak Petrol Percuma Untuk 500 Penunggang Motorsikal Terawal appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button