LINDUNG KASIH : PERLINDUNGAN WANITA RM120 SETAHUN
Lindung Kasih PERKESO adalah merupakan skim perlindungan khas untuk wanita dengan hanya RM120 setahun sahaja. Untuk makluman, terdapat sebuah skim yang ditawarkan kepada golongan wanita yang memberi manfaat kepada mereka.
INISIATIF LINDUNG KASIH
Lindung Kasih PERKESO 2025 adalah inisiatif perlindungan sosial dari kemalangan domestik dan hilang upaya dengan hanya modal bayaran RM120 per tahun. Skim ini disediakan dibawah kendalian PERKESO yang menawarkan perlindungan sosial kepada wanita semasa menguruskan rumah tangga secara sepenuh atau separuh masa.
Bagi pengetahuan umum, skim ini memberi perlindungan terhadap risiko berlaku kemalangan, hilang upaya dan kematian. Ianya sangat memberi manfaat dengan bayaran caruman sangat berpatutan hanya RM120 setahun.
Penyediaan Skim keselamatan sosial suri rumah (LINDUNG KASIH) ini bertujuan memberi perlindungan kepada wanita yang mengalami kemalangan atau penyakit semasa menguruskan rumah tangga.
Kemalangan dan penyakit boleh datang tidak kira tempat dan masa, justeru itu adanya tawaran skim perlindungan seperti ini. Perlindungan ini memberi jaminan kewangan kepada wanita dan keluarga jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti musibah semasa melakukan kerja rumah.
APA MANFAAT DALAM SKIM LINDUNG INI?
Dengan hanya caruman RM120 setahun bersamaan RM10 sebulan, anda akan menerima manfaat seperti berikut :
- Faedah hilang upaya secara kekal : Sehingga RM30,000
- Faedah perubatan : bayaran berdasarkan akta Fi 1951
- Elaun layanan sentiasa (elaun penjaga) : RM250 sebulan
- Kemudahan pemulihan / rehabilitasi dan dialisis : Sehingga RM50,000 dan RM200 sebulan (dialisis)
- Elaun keuzuran : RM300 sebulan
- Pencen penakat : Sehingga RM300 sebulan
- Faedah pengurusan mayat : Layak terima (bantuan khairat kematian) RM3,000 one-off.
Banyak kan manfaat yang disediakan dalam skim ini? Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk daftar skim perlindungan ini. Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk daftar skim LINDUNG KASIH :
- Wanita warganegara Malaysia
- Pemastautin tetap di negara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 55 tahun tetapi bagi caruman pertama tidak melebihi 54 tahun.
Untuk pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui laman portal rasmi SURI PERKESO
Kepada yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat dari skim ini.
PENUTUP & LEBIH INFO
Banyak lagi kemudahan dan inisiatif telah disediakan sepanjang tahun ini bagi membantu mengurangkan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai insentif yang ada dan sesuai untuk dimohon RUJUK SINI untuk lebih informasi.
The post LINDUNG KASIH : PERLINDUNGAN WANITA RM120 SETAHUN appeared first on CARIANTERBARU.