Jadual SPMPendidikan

Lembaga Peperiksaan Malaysia Umum Jadual SPM 2025

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengumumkan bahawa jadual untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan bermula pada bulan November. Pengumuman ini memberikan keterangan kepada semua pelajar yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan penting dalam pendidikan mereka.

SPM merupakan penentu utama bagi sistem pendidikan di Malaysia dan hasilnya memainkan peranan penting dalam kelayakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA UMUM JADUAL SPM

Persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah merupakan fasa penting kepada pelajar sekolah menengah. Dengan tarikh peperiksanaan yang semakin hampir adalah penting untuk mengetahui jadual rasmi peperiksanaan SPM.

Kehadiran jadual peperiksaan lebih awal memberi peluang kepada pelajar untuk merancang ulang kaji dan strategi belajar mereka. Dengan mengetahui tarikh tertentu, pelajar bolehlah menyusun masa belajar, mengumpulkan bahan rujukan, dan memfokuskan kepada subjek yang memerlukan lebih perhatian.

Latihan berterusan dan rutin yang disiplin akan meningkatkan keyakinan mereka menjelang hari peperiksaan. Selain daripada pelajar itu sendiri, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam proses persediaan ini.

Sokongan moral dan sumber pembelajaran yang mencukupi dari kedua-dua pihak dapat membantu pelajar menikmati pengalaman belajar yang lebih efektif. Kerjasama ini bukan sahaja menyemarakkan semangat pelajar tetapi juga memberikan mereka motivasi untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2025.

JADUAL SPM 2025

JADUAL TARIKH RASMI PEPERIKSAAN SPM MALAYSIA 2025

Untuk makluman umum, tarikh rasmi peperiksaan SPM tahun ini akan bermula pada 3 November 2025. Berikut adalah jadual lengkap SPM yang telah dimaklumkan :

  • 3 hingga 6 November 2025 (Ujian bertutur bahasa Melayu)
  • 10 hingga 13 November 2025 (Ujian bertutur bahasa inggeris)
  • 17 hingga 19 November 2025 (Ujian amali sains) Fizik 3, Kimia 3, biologi 3 dan sains tambahan 3
  • 20 November 2025 (Ujian mendengar bagi bahasa melayu dan inggeris
  • 25 November hingga 23 Disember 2025 (Ujian bertulis SPM) selama 5 minggu.

Untuk lebih informasi berkenaan tarikh-tarikh penting peperiksaan semua peringkat, sila layari laman portal rasmi lembaga peperiksaan Malaysia – https://lp.moe.gov.my/

KESIMPULAN

Peperiksaan SPM adalah penting untuk setiap pelajar kerana keputusan akan menentukan nasib ke peringkat seterusnya. Untuk lebih info berkenaan inisiatif, kemudahan dan bantuan kewangan yang disediakan kerajaan, sila SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Lembaga Peperiksaan Malaysia Umum Jadual SPM 2025 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button