Akaun 3Akaun FleksibelKWSPPengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP 2024 : Melalui Akaun 3 Pada Bila-Bila Masa

Pengeluaran KWSP 2024 : Melalui akaun 3 atau akaun fleksibel pada bila-bila masa tanpa perlu kemukakan permohonan. Untuk makluman umum, bermula 11 Mei ini KWSP akan menstrukturkan semula akaun secara menyeluruh.

PENGELUARAN KWSP 2024

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan membuat penstrukturan semula meliputi 3 jenis akaun iaitu akaun 1 (Persaraan), akaun 2 (Sejahtera) dan akaun 3 (Fleksibel). Selepas ini akan ada lebih pilihan bagi para pencarum untuk menguruskan wang mereka.

Sebelum ini KWSP menyediakan kemudahan pengeluaran secara sebahagian dan sepenuhnya atas dasar tujuan peribadi tertentu. Dengan adanya pengenalan akaun fleksibel ini bakal memberi manfaat kepada ahli bagi pengeluaran pada waktu memerlukan.

Untuk makluman, terdapat beberapa jenis pengeluaran penuh dan sebahagian yang dibenarkan kepada ahli yang menepati kriteria kelayakan. Antara kategori pengeluaran yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah.

PENGELUARAN PENUH

  • Umur 55 tahun
  • Umur 60 tahun
  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara (berhijrah)
  • Kematian
  • Pekerja berpencen dan pesara pilihan

PENGELUARAN SEBAHAGIAN

  • Umur 50 tahun
  • Perumahan (Bina rumah, beli rumah, mengurangkan/ menyelesaikan baki pinjaman rumah dan ansuran bulanan pinjaman rumah)
  • Pendidikan
  • Menunaikan ibadah haji (bagi pencarum beragama islam)
  • Kesihatan
  • Simpanan melebihi 1 juta

Nota : Untuk makluman, pengeluaran sebahagian diatas adalah dibenarkan melalui akaun 2 KWSP.

PENSTRUKTURAN SEMULA AKAUN KWSP 2024

Seperti yang dimaklumkan, bermula 11 Mei 2024, penstrukturan semula akaun KWSP akan dilancarkan secara menyeluruh.

  • Akaun 1 – Akaun Persaraan
  • Akaun 2 – Akaun Sejahtera
  • Akaun 3 – Akaun Fleksibel

Ahli KWSP berumur 55 tahun kebawah diberi tempoh masa sehingga 31 Ogos 2024 bagi membuat pilihan jumlah permulaan akaun 3. Pemindahan sebahagian daripada akaun sejahtera ke akaun fleksibel boleh dilakukan.

Kepada mereka yang memilih tidak membuat pindahan, permulaan akaun 3 akan bermula dari sifar (0). Fungsi akaun fleksibel ini adalah pengeluaran boleh dikeluarkan pada bila-bila masa terutama di waktu kecemasan.

SEMAKAN BUTIRAN LENGKAP PENSTRUKTURAN KWSP 2024

Setiap ahli KWSP perlu tahu berkenaan maklumat penstrukturan semula yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Segala maklumat lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Pengeluaran KWSP 2024 : Melalui Akaun 3 Pada Bila-Bila Masa appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button