Kelayakan Terima RM350 Sebulan Melalui JKM
Kelayakan terima RM350 sebulan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khusus kepada individu / keluarga yang berkeperlukan. Program Bantuan Am Persekutuan adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kelayakan untuk menerima bantuan sebanyak RM350 sebulan melalui program ini, serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
KELAYAKAN TERIMA RM350 SEBULAN
Untuk makluman umum, kerajaan menerusi JKM telah menyediakan sebuah inisiatif bantuan yang boleh dimohon oleh rakyat. Program Bantuan Am Persekutuan (BA) adalah insentif bulanan sehingga RM350.
Bagi individu atau keluarga yang ingin memohon bantuan, terdapat beberapa syarat kelayakan yang mesti dipenuhi. Antara syarat utama termasuklah pendapatan isi rumah yang rendah, yang biasanya ditentukan oleh garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia dan tidak menerima bantuan kewangan lain yang serupa dari agensi kerajaan lain. Berikut adalah syarat-syarat asas kelayakan permohonan bantuan :
- Berstatus Warganegara Malaysia yang sah
- Pendapatan isi rumah ridak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
- Terbuka kepada keluarga yang tidak diliputi mana-mana bantuan JKM yang lain
- Golongan miskin dan terjejas diberi keutamaan.
PROSES MOHON & TERIMA RM350 SEBULAN
Untuk makluman umum, kadar bayaran bantuan am persekutuan adalah RM100 – RM350 sebulan. Jumlah ditentukan mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan isi rumah.
Proses untuk memohon bantuan ini adalah mudah dan boleh dilakukan dalam talian melalui laman rasmi – https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp . Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang tersedia dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Setelah permohonan dihantar, pihak berkuasa akan menjalankan penilaian untuk menentukan kelayakan memohon bantuan RM350 sebulan. Para pemohon disarankan untuk sentiasa memantau status permohonan mereka agar tidak terlepas sebarang maklumat penting.
Sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan slip gaji atau penyata bank
- Dokumen sokongan yang berkaitan.
LEBIH LANJUT
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Kelayakan Terima RM350 Sebulan Melalui JKM appeared first on Carianterbaru.