KDE 2025 : Bantuan RM1000 Sekali Bayar (One-Off)
KDE 2025 : Bantuan RM1000 diberikan secara sekali bayar / one-off kepada pemohon yang berkelayakan tahun ini. Program Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan bagi memberikan bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Dalam tahun 2025, bantuan sebanyak RM1000 akan diberikan kepada pemohon yang layak, sebagai satu insentif sekali bayar. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan dan pengurusan waris ketika berlaku kematian.
BANTUAN RM1000 MELALUI KDE 2025
Kepada yang terlepas pandang, kerajaan Negeri Selangor telah sediakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang dikenali sebagai Khairat Daruk Ehsan. Bantuan RM1000 ini adalah sangat bermakna bagi mereka yang terjejas.
Dengan sokongan kewangan yang ditawarkan, waris dapat melakukan persiapan yang lebih baik dan berurusan dengan pelbagai kos yang timbul selepas kematian. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, tetapi juga memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang terlibat.
Program KDE ini dikendalikan sepenuhnya oleh Yayasan Anak Selangor (YAWAS), yang bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan bantuan. Pihak YAWAS komited untuk memastikan bahawa bantuan sampai kepada penerima yang berhak, dan maklumat lanjut mengenai permohonan boleh didapati melalui laman web rasmi mereka.
Diharapkan bantuan ini dapat memberikan manfaat yang sarat serta memperkukuhkan jaringan sokongan bagi setiap penerima. Kepada penduduk negeri Selangor, anda boleh membuat semakan dan pendaftaran baharu bermula 1 Jun 2025.
PROSES TUNTUTAN BANTUAN KDE RM1000
Kepada mereka yang lulus pendaftaran, jika berlaku kematian, waris yang telah didaftarkan boleh membuat tuntutan secara online. Tempoh tuntutan boleh dilakukan adalah 3 bulan dari tarikh kematian.
Antara dokumen yang diperlukan secara tuntutan khairat darul ehsan adalah seperti berikut ;
- Salinan kad pengenalan (IC) pewaris
- Salinan muka depan akaun bank pewaris
- Salinan sijil kematian ahli.
Pembayaran RM1000 akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank antara 14 hari hingga 30 hari waktu bekerja dan tarikh dokumen lengkap tuntutan dihantar. Kepada penduduk negeri Selangor jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini.
Untuk butiran lengkap dan panduan daftar sila layari laman web rasmi KDE YAWAS – https://kde.yawas.com.my/
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak lagi program dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan selanjutnya.
The post KDE 2025 : Bantuan RM1000 Sekali Bayar (One-Off) appeared first on Carianterbaru.