Kategori baharu barang SARA – Program MyKasih merupakan inisiatif penting dari kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat. Pada bulan Jun 2025, kategori baharu barang yang boleh dibeli melalui bantuan e-wallet MyKad telah diperkenalkan.
Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluaskan pilihan barangan yang boleh diakses oleh penerima bantuan.
KATEGORI BAHARU BARANG SARA
Kepada yang tidak tahu, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperluaskan kepada golongan B40 dan bukan miskin. Kategori ini akan menerima bayaran bantuan SARA sehingga Disember 2025 setiap bulan.
Pada bulan Jun ini pilihan barangan baharu kini boleh dibeli menggunakan insentif SARA. Pembaruan ini adalah bagi memastikan penerima bantuan mendapat akses kepada barang yang berkualiti dan sesuai dengan keperluan harian mereka.
Bermula Jun ini, rakyat boleh membeli barangan baharu menggunakan insentif SARA seperti ;
- Sabun dan serbuk pencuci pakaian
- Sabun basuh pinggan
- Pelbagai jenis cecair pencuci lantai
Berikut adalah senarai penuh jenis barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan insentif SARA ;
- Roti : Gardenia, massimo & mighty white
- Beras : Jati, saga, jasmine, faiza
- Tepung gandum : Faiza, Cap sauh, blue key
- Minyak masak : Saji, buruh, alif
- Mi segera : Mamee, maggi, indomie
- Telur : Semua brand
- Makanan dalam tin
- Minuman dalam tin
- Biskut : Hup seng, Julie’s, chipsmore, lotus
- Ubat-ubatan ringan
- Kebersihan : Ubat gigi, sabun mandi dan yang berkaitan.
Program Sumbangan Asas Rahmah ini bertujuan untuk memberikan sokongan tambahan kepada lebih 5.4 juta penduduk Malaysia yang layak menerima manfaat dari bantuan ini.
MANFAAT BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Penggunaan e-wallet MyKad dalam program SARA MyKasih memudahkan para penerima untuk membuat pembelian tanpa perlu mengeluarkan wang tunai. Ia bukan sahaja menyenangkan tetapi juga meningkatkan tahap keselamatan transaksi.
Dengan adanya kemaskini ini, diharap para penduduk dapat merasakan manfaat secara langsung dalam kehidupan seharian mereka, sekaligus menyokong kelangsungan ekonomi negara.
Jika anda merupakan penerima sedia ada STR 2025, anda boleh semak status bayaran SARA bulan Jun ini melalui laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/ . Kadar bayaran bulan ini adalah RM100 – RM200 untuk kategori isi rumah, manakala RM50 – RM150 untuk kategori bujang dan warga emas.
RUMUSAN SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Kategori Baharu Barang SARA : Bantuan MyKasih Jun 2025 appeared first on Carianterbaru.