Kad Pekerja MADANI : Bantuan Ringankan Kos Sara Hidup
Kad Pekerja MADANI adalah inisiatif yang diperkenalkan untuk menyokong rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Dalam era di mana kos sara hidup semakin meningkat, langkah ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas, terutama golongan berpendapatan rendah.
INISIATIF KAD PEKERJA MADANI
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah perkenalkan Kad pekerja MADANI bagi mengurangkan beban kos sara hidup. Ianya termasuklah pelarasan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan tarif elektrik pekerja kesatuan.
Salah satu manfaat utama Kad Pekerja Madani adalah akses kepada pelbagai diskaun dan bantuan kewangan dalam sektor tertentu. Dengan memegang kad ini, pemegang layak mendapatkan potongan harga untuk keperluan asas seperti makanan dan barangan harian.
Ini memberi peluang kepada mereka untuk mengurangkan perbelanjaan, sekaligus meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan kad MADANI ini pada 1 Mei lalu sempena sambutan hari pekerja.
Inisiatif seperti Kad Pekerja Madani adalah langkah penting dalam membantu rakyat menghadapi situasi ekonomi yang mencabar. Selain memberikan bantuan kewangan, program ini juga memupuk semangat solidariti dalam komuniti.
Diharapkan dengan adanya kestabilan ekonomi, semua lapisan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik tanpa tekanan kos sara hidup yang berlebihan.
MANFAAT KAD PEKERJA MADANI
Kad ini disediakan secara digital dan membolehkan penggunaan lebih pantas tanpa perlukan kad dalam bentuk fizikal. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutama golongan pekerja terus terpelihara.
Apa yang menarik adalah, kad MADANI ini menawarkan diskaun (potongan harga) sehingga 30 peratus. Antara barang yang ada diskaun seperti keperluan harian, perkhidmatan, kesihatan dan barang pendidikan.
Antara syarikat besar yang menyertai inisiatif ini termasuk ZUS Coffe, Mydin, Marrybrown, Jungle Gym, The top penang dan lain-lain yang bakal menyusul. Dengan adanya inisiatif ini diharapkan lebih ramai pekerja berkesatuaan dapat manfaatnya.
CARA DAFTAR KAD MADANI
Berikut disediakan langkah cara memohon kad seperti berikut ;
- Layari laman web rasmi – https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
- Klik pada ‘Daftar sekarang’ dan masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama, email, kad pengenalanan dan kata laluan
- Log masuk menggunakan maklumat yang anda tetapkan
- Isi dan ikuti arahan yang disediakan sehingga selesai
- Hantar permohonan untuk semakan.
Nota : Pihak kesatuan akan semak permohonan yang dikemukakan dan pengesahan keahlian yang diberikan. Hanya permohonan yang sah dan tepat akan diluluskan dan akan dimaklumkan.
LEBIH BANYAK INISIATIF
Sepanjang tahun ini, kerajaan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangan beban kos sara hidup penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.
The post Kad Pekerja MADANI : Bantuan Ringankan Kos Sara Hidup appeared first on Carianterbaru.