BANTUANFASA 3MySTR

Jadual Bayaran Bantuan Tunai Fasa 3 : Rujuk Di Platform MySTR

Jadual Bayaran Bantuan Tunai fasa 3 boleh dirujuk di platform MySTR sebagai panduan umum rakyat Malaysia pada tahun ini. Program STR telah menjadi satu inisiatif penting dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan sokongan kewangan.

Untuk tahun ini, terdapat baki dua fasa pembayaran yang akan dilaksanakan, termasuk Fasa 3 yang boleh disemak secara dalam talian melalui laman rasmi MYSTR 2025.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 3

Seperti diketahui umum, Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah insentif bantuan dibawah Belanjawan 2025. Program ini memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia yang melibatkan bayaran bantuan sehingga RM2500 setahun.

Pengagihan bayaran bantuan tunai untuk Fasa 3 STR akan dikhaskan untuk tiga kategori utama iaitu bujang, isi rumah, dan warga emas. Setiap kategori akan menerima bantuan tunai dengan jumlah keseluruhan yang dianggarkan boleh mencapai RM650.

Ini merupakan langkah penting bagi memastikan setiap golongan yang terlibat mendapat akses kepada bantuan yang mereka perlukan. Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan jadual rasmi bayaran STR 2025 mengikut fasa :

  • STR Fasa 1 : Bayaran pada bulan Januari 2025 (selesai)
  • STR Fasa 2 : Bayaran pada bulan April 2025 (selesai)
  • STR Fasa 3 : Bayaran pada bulan Ogos 2025 (dalam proses)
  • STR Fasa 4 : Bayaran pada bulan November 2025 (akan dikemaskini).

Pembayaran STR fasa berikutnya dijadualkan untuk dikreditkan selewat-lewatnya pada bulan hadapan, iaitu Ogos 2025. Para penerima diingatkan untuk menyemak jadual bayaran dan status mereka secara dalam talian.

Dengan menggunakan laman rasmi MySTR 2025 para penerima boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai bantuan yang telah ditetapkan untuk mereka. Setiap individu perlu kemaskini maklumat terkini jika berlaku sebarang perubahan bagi mendapatkan jumlah bayaran bantuan yang bersesuaian.

JANGKAAN JUMLAH BAYARAN BANTUAN FASA 3

Berdasarkan tahun lalu, berikut adalah jangkaan jumlah bayaran STR fasa 3 mengikut kelayakan setiap kategori ;

  • Bujang : RM150
  • Warga emas : RM200
  • Isi rumah : RM100 hingga RM650 (Bayaran ditentukan mengikut gaji dan bilangan tanggungan).

Nota : Tarikh rasmi dan kadar bayaran STR fasa 3 akan dikemaskini selepas pengumuman dari pihak Kementerian Kewangan.

BANTUAN LAIN

Terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi mengurangkan beban penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – CEK DISINI sebagai rujukan.

The post Jadual Bayaran Bantuan Tunai Fasa 3 : Rujuk Di Platform MySTR appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button