InsentifPendidikanYayasan Nurjiwa

Insentif RM500 Yayasan Nurjiwa untuk Pelajar Cemerlang

Insentif RM500 Yayasan Nurjiwa adalah inisiatif baru yang sangat bermakna untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. Inisiatif ini adalah bertujuan memberikan insentif RM500 kepada pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan semua ‘A’.

Ini adalah langkah penting yang pertama kali dilaksanakan oleh yayasan, sebagai sokongan kepada akademik pelajar.

PERLAKSANAAN INSENTIF RM500 YAYASAN NURJIWA

Datuk Seri Siti Nurhaliza, selaku pengasas Yayasan Nurjiwa, menyatakan bahawa insentif ini adalah untuk meringankan beban pelajar-pelajar yang berusaha keras dan sebagai tanda motivasi. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk mendorong pelajar agar terus mencari kejayaan dalam bidang akademik mereka.

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan pelajar akan lebih semangat untuk berprestasi dengan baik dalam peperiksaan. Inisiatif bantuan ini menggambarkan keprihatinan Yayasan Nurjiwa terhadap pendidikan di negara Malaysia.

Dengan memberikan insentif RM500, yayasan berharap dapat menciptakan semangat persaingan di kalangan pelajar untuk mengejar kejayaan yang lebih tinggi. Selain itu, dengan adanya sokongan sebegini, pelajar-pelajar akan lebih termotivasi dan percaya bahawa usaha mereka adalah dihargai.

Perlaksanaan bantuan khas ini telah dilancarkan pada sidang Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 di pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tambahan lagi, pihak yayasan nurjiwa menyediakan inisiatif makanan harian percuma kepada 100 pelajar khusus golongan B40.

Untuk semak senarai program dan inisiatif yang disediakan oleh pihak yayasan nurjiwa, anda boleh layari laman web rasmi – https://nurjiwafoundation.org/ sebagai panduan dan rujukan.

The post Insentif RM500 Yayasan Nurjiwa untuk Pelajar Cemerlang appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button