Inisiatif Skim Perubatan MADANI : Tebus Bantuan RM250 Setahun
Inisiatif Skim Perubatan MADANI adalah merupakan salah satu bantuan dibawah bajet Belanjawan yang ramai masih tidak tahu kewujudannya. Setiap individi berada dalam kelompok B40 layak tebus bantuan sehingga RM250 setahun.
APA ITU INISIATIF SKIM PERUBATAN MADANI?

Untuk makluman umum, Skim Perubatan MADANI adalah merupakan inisiatif dibawah Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini telah diperkenalkan sejak tahun 2023 bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap rawatan sakit-sakit ringan.
Mereka yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) automatik layak untuk tebus skim bantuan ini. Lebih dari 700,000 isi rumah layak untuk gunakan manfaat skim perubatan MADANI ini secara percuma.
Individu boleh tebus baucar skim ini di semua klinik yang memaparkan stiker pelekat (Perubatan MADANI). Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos rawatan kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
SYARAT LAYAK DAPAT SKIM PERUBATAN MADANI
Antara kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Kategori isi rumah, bujang, dan warga emas tanpa pasangan
- Kelayakan adalah automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan
- Mereka yang layak adalah bukan penerima skim bantuan lain seperti skim majikan/ kerajaan negeri/ agensi perubatan lain.
Antara rawatan sakit-sakit ringan yang boleh ditebus guna bantuan perubatan MADANI adalah seperti :
- Deman dan selesema
- Terseliuh
- Muntah
- Cirit birit
- Sakit kepala
- Luka ringan
- Dan lain-lain yang berkaitan.
SEMAK KELAYAKAN & TEBUS SKIM BANTUAN
Untuk pengetahuan, skim perubatan MADANI ini boleh ditebus setiap tahun mengikut kadar yang telah ditetapkan. Berikut dikongsikan kadar bantuan yang boleh ditebus setipa tahun mengikut kategori :
- Isi rumah berkeluarga : RM250
- Warga emas tanpa pasangan : RM125
- Bujang : RM75.
Penebusan skim ini boleh dibuat di mana-mana klinik kerajaan dan swasta yang memaparkan pelekat perubatan MADANI. Untuk memastikan sama ada anda layak atau tidak menerima skim ini sila layari laman portal rasmi IHSAN MADANI (PERUBATAN)
Pada halaman utama klik ‘Semak kelayakan’ dan masukkan nombor kad pengenalan dan butiran anda layak atau tidak akan dipaparkan pada skrin.
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan perpaduan menyediakan bermacam kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon Cek Disini untuk lebih informasi.
The post Inisiatif Skim Perubatan MADANI : Tebus Bantuan RM250 Setahun appeared first on CARIANTERBARU.