Inisiatif MamaKerja Bantuan RM100 sebulan selama setahun disediakan oleh kerajaan negeri Selangor bagi meringankan beban golongan ibu. Program khas ini merupakan salah satu bantuan kewangan yang disediakan dibawah Belanjawan Selangor.
DAPATKAN INISIATIF MAMAKERJA BANTUAN RM100 SEBULAN

Anda boleh dapatkan bantuan tunai bernilai RM100 sebulan dan terima bayaran selama setahun jika mempunyai anak berumur 6 tahun kebawah. Program yang dikenali sebagai inisiatif MamaKerja ini boleh dimohon oleh penduduk negeri Selangor.
Perlaksanaan program khas ini adalah bagi menyokong ibu bekerja terutama dari golongan B40 dan berkeperluan. Dengan adanya insentif bulanan ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu yang mempunyai anak yang masih kecil.
Setiap ibu yang berkelayakan akan menerima RM100 setiap bulan selama 1 tahun dengan jumlah bantuan sebanyak RM1,200. Peruntukan program MamaKerja ini sebanyak RM5 juta yang menyasarkan penerima lebih 2,166 kanak-kanak di negeri ini.
PERINCIAN INISIATIF BANTUAN MAMAKERJA
Berikut dikongsikan perincian maklumat dan butiran mudah faham berkenaan program inisiatif MamaKerja :
- Bantuan dibawah Belanjawan negeri Selangor 2026
- Tawaran dibuka kepada penduduk negeri Selangor
- Keutamaan kepada ibu yang mempunyai anak berumur 6 tahun dan kebawah
- Syarat kelayakan pendapatan dibawah RM8,000 sebulan
- Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai RM100 sebulan bersamaan RM1,200 setahun.
Jika anda penduduk negeri Selangor dan mempunyai anak berumur 6 tahun kebawah, banyak lagi program yang boleh dimohon seperti :
- Skim bantuan tadika Selangor (TUNAS) : Bantuan RM50 sebulan untuk bayaran yuran tadika
- Iltizam anak Selangor (ANAS) : Bantuan RM100 setahun selama 5 tahun untuk anak kelahiran Selangor pada 2022 keatas.

Kepada ibu bapa yang merupakan penduduk negeri Selangor mempunyai anak dibawah umur 6 tahun. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini selagi kuota masa ada.
Untuk semakan dan kemuka permohonan, anda boleh lakukan melalui aplikasi rasmi ‘Selangkah’ yang boleh dimuat turun di playstore telefon pintar. Atau melalui laman web rasmi negeri Selangor di https://www.selangor.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Banyak lagi program dan inisiatif telah ditawarkan kerajaan persekutuan dan negeri bagi memberi manfaat kepada golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan, semak DISINI untuk lebih info.
The post Inisiatif MamaKerja Bantuan RM100 Sebulan Selama Setahun appeared first on CARIANTERBARU.