Info MySTR 2026 : Semakan Jumlah Bantuan Setiap Kategori
Info MySTR 2026 : Semakan jumlah bantuan mengikut setiap kategori disediakan pada halaman ini untuk rujukan umum masyarakat. Seperti yang telah dimaklumkan, perlaksanaan program MySTR diteruskan pada tahun hadapan.
SEMAKAN INFO PROGRAM MYSTR 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seti Anwar ibrahim telah mengumumkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau MySTR akan terus dilancarkan pada tahun 2026. Peruntukan bagi bantuan MySTR dan MySARA bagi sesi 2026 adalah sebanyak RM15 bilion.
Perlaksanaan bantuan tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia yang berstatus golongan M40, B40 dan miskin. Apa yang menarik adalah kategori penerima bayaran bantuan tunai STR pada tahun hadapan hanya warga emas dan isi rumah sahaja.
Bagi kategori bujang, mereka tidak akan menerima sebarang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2026. Namun kategori bujang akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan kadar kadar RM50 bersamaan RM600 setahun.
Ini merupakan berita baik untuk golongan belia bujang kerana dengan adanya insentif SARA setiap bulan mereka boleh memanfaatkannya dengan membeli barangan keperluan asas dan pendidikan.
JUMLAH BANTUAN MYSTR 2026 MENGIKUT KATEGORI
Tahukah kalian, bayaran MySTR tahun hadapan terdapat sedikit perubahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Berikut adalah perkongsian berkenaan jumlah keseluruhan STR bagi sesi 2026 mengikut setiap kategori penerima :
PENERIMA KATEGORI WARGA EMAS
- RM600
KATEGORI ISI RUMAH (KUMPULAN B40)
- RM700 untuk pasangan tiada anak
- RM1,200 untuk pasangan mempunyai 1-2 anak
- RM1,700 untuk pasangan mempunyai 3-4 anak
- RM2,200 untuk pasangan mempunyai lebih 5 anak
PENERIMA KATEGORI ISI RUMAH (KUMPULAN M40)
- RM200 untuk pasangan tiada anak
- RM450 untuk pasangan mempunyai 1-2 anak
- RM700 untuk pasangan mempunyai 3-4 anak
- RM950 untuk pasangan mempunyai lebih 5 anak.

INFO : Jumlah bantuan MySTR diatas akan dikreditkan secara berperingkat dalam tempoh 4 fasa pembayaran. Jadual tarikh rasmi bayaran mengikut fasa akan dimaklumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KEMASKINI & DAFTAR BARU MYSTR DIBUKA!
Bagi pengetahuan umum, kerajaan telah buka pendaftaran baru dan kemaskini maklumat bagi insentif MySTR 2026. Kepada anda yang tidak pernah kemaskini selama tempoh 3 tahun berturut-turut disarankan membuat semakan dan pengemaskinian bagi mengelakkan sebarang masalah bayaran.
Untuk kemaskini maklumat terkini atau pendaftaran baru, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan perpaduan telah menawarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan Semak Disini untuk rujukan lebih info.
The post Info MySTR 2026 : Semakan Jumlah Bantuan Setiap Kategori appeared first on CARIANTERBARU.