BANTUANBSHJHEVSara Hidup

Bantuan Sara Hidup Bulanan RM300 : Kriteria Syarat Kelayakan

Bantuan Sara Hidup Bulanan RM300 adalah merupakan sebahagian inisiatif yang disediakan dibawah Belanjawan 2024. Program khas BSH ini diadakan bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat Malaysia yang berkelayakan.

BANTUAN SARA HIDUP BULANAN RM300

Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah program insentif bulanan yang dikenali sebagai bantuan sara hidup atau BSH. Program istimewa ini dikendalikan oleh agensi dibawah kerajaan iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Pemohon yang layak akan menerima kadar bayaran bantuan berjumlah RM300 sebulan dan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan. Tujuan utama perlaksanaan program BSH pada tahun ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup pada veteran.

Dengan adanya insentif tambahan bulanan ini dapat membantu mereka membeli barangan keperluan asas demi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tempoh tiga tahun.

Setiap penerima akan melalui penilaian semula dalam tempoh 3 tahun tersebut bagi memastikan sama ada berkelayakan atau tidak menerima bantuan pada tahun berikutnya.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP

Di bawah disediakan beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bag permohonan BSH tahun ini seperti berikut :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Kelayakan had umur dipertimbangkan adalah 60 tahun dan ke atas
  • Balu yang telah berkahwin semula tidak berkelayakan
  • Tidak diberhentikan atas kesalahan tartatertib
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menjejaskan pekerjaan – Perlu surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan
  • Merupakan veteran ATM – Tanpa mengira tempoh khidmat
  • Bekas anggotan Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas tentera British yang berkhidmat di Malaysia/ Malaya atau Singapura
  • Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah termasuk ranger di Sarawak.

CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Kepada mereka yang menepati kelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Butiran lengkap dan panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BSH (JHEV)

INFO LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk kalian memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Bantuan Sara Hidup Bulanan RM300 : Kriteria Syarat Kelayakan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button