info

Google Mengumumkan Kerjasama Dengan Pluto TV

Google mengumumkan dalam catatan blog bahawa ia bekerjasama dengan Pluto TV untuk membawa lebih 300 saluran TV percuma kepada peranti yang menjalankan platform Google TV. Saluran baharu dilaporkan akan muncul dalam tab ‘live’ pada skrin utama Google TV.

Pluto TV menawarkan pelbagai saluran dalam talian yang disokong iklan seperti CBS News, CNN, Comedy Central, Paramount Plus Picks dan Showtime Selects.

Ia juga menawarkan saluran disusun yang dikhaskan untuk francais seperti 007, Baywatch, Star Trek, Degrassi, The Price Is Right dan saluran khusus genre (aksi, dokumentari, dan sebagainya lagi). Perkhidmatan ini terhad kepada Eropah, Amerika Latin dan AS buat masa sekarang.

Integrasi baharu dengan Pluto TV ini akan tersedia pada semua peranti Google TV dalam beberapa minggu akan datang.

Google juga menawarkan beberapa lagi faedah Google TV, seperti enam bulan akaun premium Peacock percuma di AS dan pelbagai filem yang disokong iklan di YouTube. Jika itu tidak mencukupi, syarikat gergasi teknologi itu berkata ia merancang menawarkan lebih banyak cara untuk menonton kandungan secara percuma pada 2022.

Sumber: https://blog.google/products/google-tv/watch-more-for-less/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Back to top button