BANTUANElaun Wang SakuPendidikan

Elaun Wang Saku RM300 : Permohonan Bantuan Dibuka!

Elaun Wang Saku RM300 setiap bulan adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi. Ia bertujuan untuk membantu pelajar kurang upaya (OKU) dalam melanjutkan pengajian mereka di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Program ini adalah satu tanda keprihatinan untuk meringankan beban kewangan yang mungkin dihadapi oleh pelajar istimewa.

INISIATIF BANTUAN ELAUN WANG SAKU RM300 SEBULAN

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan telah menyediakan sebuah kemudahan inisiatif bantuan kepada pelajar berstatus golongan Orang Kurang upaya. Pendaftaran untuk program ini dibuka untuk semua pelajar OKU yang ingin memasuki IPT.

Semua pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dijemput untuk mendaftar sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2025. Kerajaan berharap melalui inisiatif ini, lebih banyak pelajar OKU akan mendapat peluang untuk menyambung pengajian dan meningkatkan taraf hidup mereka.

PECAHAN KADAR BANTUAN ELAUN WANG SAKU

Program Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) ini menyediakan beberapa pecahan kategori bantuan seperti di bawah ;

  • Elaun Wang Saku : RM300 setiap bulan
  • Pembiayaan yuran pengajian : Sehingga RM5,000
  • Had maksimum keseluruhan bantuan sepanjang tempoh pengajian : RM20,000

KRITERIA KELAYAKAN MOHON BANTUAN ELAUN SAKU

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Berstatus OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Merupakan pelajar separuh masa atau sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta dibawah KPT.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN & PANDUAN

Proses pendaftaran adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman rasmi – https://bkoku.mohe.gov.my/ . Pelajar perlu mengisi borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan dan mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan.

Setelah pendaftaran disahkan dan diluluskan, pelajar akan menerima elaun wang saku RM300 setiap bulan sebagai bantuan kewangan sepanjang tempoh pengajian mereka. Ini pastinya akan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka dan keluarga dalam menghadapi cukai dan kos pendidikan yang meningkat.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Selain itu terdapat lebih banyak lagi inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai info rujukan.

The post Elaun Wang Saku RM300 : Permohonan Bantuan Dibuka! appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button