Elaun Sara Hidup RM250 Sebulan – Semak kelayakan Mohon
Elaun Sara Hidup RM250 sebulan adalah merupakan sebahagian inisiatif kerajaan bagi meringankan beban golongan memerlukan. Program khas ini boleh dimohon sepanjang tahun ini oleh mereka yang menepati syarat kelayakan.
INISIATIF ELAUN SARA HIDUP RM250 SEBULAN
ESHND atau Elaun Sara Hidup Nelayan Darat adalah sebuah bantuan bulanan kerajaan yang disediakan kepada golongan terkesan. Dengan adanya insentif khas ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup penerima.
Pemohon yang layak akan menerima elaun tetap secara bulanan sebanyak RM250 seorang. Nilai bantuan tersebut boleh menampung pembelanjaan asas seperti makanan dan keperluan harian.
Kadar bayaran Elaun Sara Hidup Darat (ESHND) tahun 2025 adalah seperti berikut :
- RM250 sebulan
- RM3,000 setahun.
Kepada individu yang lulus permohonan, mereka akan menerima bayaran bantuan selama setahun.
SEMAK KELAYAKAN MOHON ELAUN SARA HIDUP
Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia yang sah
- Berumur 18 tahun keatas
- Merupakan nelayan darat tulen yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan umum
- Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang dari 25 hari dalam sebulan
- Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan bulanan secara tetap
- Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
- Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan akan menjalani saringan air kencing dari AADK
- Terbuka kepada seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak.
PANDUAN MOHON ELAUN ESHND
Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian dan secara manual. Panduan daftar permohonan adalah seperti dibawah :
- Layari laman portal rasmi kerajaan – ESHND
- Klik pada ruangan permohonan dan isi borang yang telah disediakan
- Sertakan dokumen penting yang diperlukan
- Hantar borang permohonan dan simpan nombor rujukan sebagai semakan status
- Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh hadir ke pejabat daerah atau agensi berkaitan.
Nota : Bantuan bulanan khas ini disediakan khusus kepada warga Malaysia yang berstatus nelayan. Kepada yang layak jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat dari inisiatif ini.
KESIMPULAN
Sepanjang tahun ini kerajaan telah menawarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan, rujuk pada halaman utama!
The post Elaun Sara Hidup RM250 Sebulan – Semak kelayakan Mohon appeared first on Carianterbaru.