Duit STR Fasa 3 : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan disalurkan tidak lama lagi, memberikan manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia. Inisiatif ini di bawah belanjawan 2025 bertujuan untuk membantu kategori bujang, isi rumah, dan warga emas dari golongan B40 dan M40, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar.
BAYARAN DUIT STR FASA 3 TAHUN 2025
Kerajaan telah melancarkan sebuah inisiatif bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini. Program STR akan dilaksanakan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran sepanjang tahun 2025.
Pembayaran STR Fasa 3 kali ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan masyarakat yang terjejas. Dengan adanya bantuan tunai ini, diharapkan ia dapat memenuhi keperluan asas mereka.
Kehadiran sumbangan ini adalah tepat pada masanya, memandangkan banyak keluarga masih berusaha untuk pulih dari kesan ekonomi akibat pandemik. Inisiatif ini adalah satu langkah proaktif oleh kerajaan untuk memastikan kesejahteraan sosial warga Malaysia.
Untuk makluman umum, kelayakan bagi penerima bayaran duit STR ini merangkumi individu bujang, isi rumah serta warga emas daripada golongan B40 dan M40. Pembayaran akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima yang tersenarai.
Oleh itu, penerima dinasihatkan untuk memastikan maklumat perbankan mereka adalah tepat dan terkini. Semoga melalui bayaran ini, ia dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada mereka yang memerlukan.
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?
Buat masa ini mengikut jadual asal, bayaran fasa ketiga akan dikreditkan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2025. Namun sebarang perubahan akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari Kementerian Kewangan.
Sebagai panduan umum, berikut dikongsikan jadual asal pembayaran STR 2025 mengikut fasa ;
- Januari 2025 : Pembayaran STR Fasa 1 (selesai)
- April 2025 : Pembayaran STR Fasa 2 (selesai)
- Ogos 2025 : Pembayaran STR Fasa 3 (akan dikemaskini)
- November 2025 : Pembayaran STR Fasa 4 (akan dikemaskini).
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 3?
Kadar bayaran rasmi bagi STR fasa 3 masih belum dimaklumkan, berdasarkan tahun lalu bayaran fasa 3 adalah sehingga RM650.
KEMASKINI STR SEGERA
Kepada penerima STR, jika berlaku sebarang perubahan maklumat, anda perlu kemaskini untuk memastikan bayaran bantuan dikreditkan pada kadar yang sepatutnya. Untuk semakan status dan kemaskini maklumat, sila layari laman web rasmi – MySTR 2025
BANTUAN-BANTUAN LAIN
Terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Duit STR Fasa 3 : Bila Tarikh Bayaran Bantuan Dikreditkan? appeared first on Carianterbaru.