BANTUANDaftar MySTR 2026MySTR 2026

Daftar MySTR 2026 : Semua Pemohon Perlu Mendaftar Baharu

Daftar MySTR 2026 : Semua pemohon perlu membuat pendaftaran baharu bagi mendapatkan inisiatif STR bagi tahun hadapan.

DAFTAR AKAUN MYSTR 2026

DAFTAR MYSTR 2026

Seperti sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalah merupakan bantuan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan MADANI. Inisiatif ini adalah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.

Kerajaan juga telah mengumumkan peningkatan sebanyak RM15 billion untuk bantuan STR dan SARA bagi tahun 2026. Pendaftaran baharu MySTR kini dibuka mulai 13 Oktober 2025 dan semua orang boleh membuat semakan.

Menerusi laman Lembaga Hasi Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR bagi tahun 2026. Walaupun individu mempunyai akaun STR tahun sebelumnya, pengemaskinian atau pendaftaran baharu perlu dilakukan.

SIAPA PERLU DAFTAR AKAUN MYSTR?

Bagi pengetahuan umum, berikut adalah kategori yang perlu membuat pendaftaran baharu / pengemaskinian maklumat MySTR 2026 :

  • Pemegang STR yang tidak mengemaskini maklumat selama 3 tahun berturut-turut.
  • Individu yang belum pernah mengemaskini maklumat STR.
  • Individu bukan penerima STR 2025.

Untuk makluman, terdapat 2 kaedah untuk individu membuat pendaftaran baharu MySTR seperti berikut :

  1. Daftar secara dalam talian melalui laman portal rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Daftar secara manual dengan cara menghadiri ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan.

Pendaftaran MySTR ini dibuka mulai 13 Oktober 2025 seluruh negara dan wajib dibuat bagi mendapatkan insentif tahun 2026. Kepada semua penerima, jangan tergesa-gesa pengemaskinian dan pendaftaran baharu ini dibuka dalam jangka masa yang lama.

KADAR BAYARAN BANTUAN MYSTR 2026

Kepada yang terlepas pandang, kadar bayaran STR 2026 telah dikemaskini seperti di bawah :

ISI RUMAH B40

  • RM700 : Bilangan anak (0)
  • RM1,200 : Bilangan anak (1-2)
  • RM1,700 : Bilangan anak (3-4)
  • RM2,200 : Bilangan anak (lebih 5)

ISI RUMAH M40

  • RM200 : Bilangan anak (0)
  • RM450 : Bilangan anak (1-2)
  • RM700 : Bilangan anak (3-4)
  • RM950 : Bilangan anak (lebih 5)

WARGA EMAS & BUJANG

  • RM600 : Warga emas 60 tahun keatas
  • RM 0 : Bujang

Nota : Untuk kategori bujang tidak akan menerima bayaran STR 2026, namun akan menerima bayaran SARA RM50 setiap bulan.

PENUTUP & LEBIH INFO

Selain STR banyak lagi kemudahan dan inisiatif yang disediakan kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channelĀ WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info lanjut.

The post Daftar MySTR 2026 : Semua Pemohon Perlu Mendaftar Baharu appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button