Daftar Lesen Memandu Percuma Melalui Program MyLesen B40
Daftar Lesen Memandu Percuma ! Program MyLesen B2 merupakan inisiatif kerajaan yang dirancang khusus untuk membantu golongan B40 dan tanggungan. Dengan adanya inisiatif istimewa ini mereka boleh memperoleh lesen memandu motorsikal bagi kelas B2.
Melalui program ini, individu yang layak berpeluang untuk mengakses lesen memandu dengan lebih mudah dan tanpa sebarang kos tambahan.
DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Mylesen B2 adalah merupakan sebuah program khas kerajaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberi manfaat kepada rakyat. Mereka yang layak akan dibiayai sepenuhnya yuran latihan, kursus teori, ujian amali serta lesen memandu motorsikal.
Permohonan untuk mendapatkan lesen memandu percuma kelas B2 ini terbuka kepada individu berumur antara 16 hingga 35 tahun yang belum lagi mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM). Ini memberikan peluang kepada golongan muda untuk meningkatkan kesedaran mereka dan menjamin keselamatan jalan raya.
Untuk mengemukakan permohonan mendapatkan lesen memandu percuma ini, pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara dalam talian melalui laman web rasmi program MyLesen. Proses pengisian borang ini adalah mudah dan seharusnya diisi dengan maklumat yang tepat untuk memastikan kelulusan.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Pemohon juga perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan, antaranya seperti berikut ;
- Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Golongan B40 dan tanggungan
- Penerima STR 2025
- Berumur 16 – 35 tahun
- Tidak memiliki sebarang lesen memandu
- Sihat mental dan fizikal.
Dengan pendaftaran pemohonan yang lancar dan mesra pengguna, program MyLesen B2 bertujuan untuk menjadikan proses mendapatkan lesen memandu lebih inklusif bagi semua golongan masyarakat.
PANDUAN DAFTAR LESEN MEMANDU (MYLESEN 2025)
Berikut disediakan langkah-langkah cara daftar permohonan mylesen B2 ;
- Layari laman web rasmi JPJ Program MyLesen
- Muat turun borang pendaftaran
- Sila isi dan lengkapkan borang tersebut sertakan dokumen yang diperlukan
- Pilih institusi memandu berdekatan dan serahkan borang
- Tunggu panggilan pengesahan.
Nota : Pada tahun ini program ini disediakan sebanyak 15,000 kuota penyertaan. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini sebelum ditutup.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau rujukan, sila ke laman utama program MyLesen 2025 – DISINI
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan insentif bantuan kewangan yang ditawarkan sepanjang tahun ini kepada orang awam terutama golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Daftar Lesen Memandu Percuma Melalui Program MyLesen B40 appeared first on Carianterbaru.