Cukai SST : Senarai Barang Dikenakan dan Dikecualikan
Cukai SST – Bermula Julai 2025, rakyat Malaysia akan menyaksikan pelaksanaan semula sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ini bertujuan untuk menggantikan sistem GST yang telah diperkenalkan sebelum ini.
Melalui pelaksanaan ini, kerajaan berhasrat untuk memberikan kelegaan kepada rakyat terutamanya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Rakyat terutama golongan B40 tidak perlu risau kerana cukai jualan ini hanya dikenakan kepada barang-barang premium.
Barangan Keperluan Dikecualikan Cukai SST
Menteri Kewangan telah mengumumkan senarai barang yang akan dikecualikan daripada cukai SST. Perlaksanaan ini untuk memastikan barangan keperluan harian tetap mampu dibeli oleh setiap lapisan masyarakat.
Barangan seperti makanan asas, ubat-ubatan, dan beberapa barangan penjagaan diri kini dikecualikan. Daripada dikenakan cukai, memberikan kelegaan kepada rakyat yang memerlukan.
Untuk makluman umum, pelaksanaan SST ini akan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan semua pihak memahami tanggungjawab masing-masing. Rakyat tidak perlu risau mengenai pelaksanaan ini kerana kerajaan komited untuk memastikan tidak ada bebanan tambahan yang akan menjejaskan kesejahteraan hidup mereka.
Adalah penting untuk rakyat mengikuti maklumat terkini mengenai senarai barang yang dikenakan dan dikecualikan cukai agar mereka sentiasa peka dengan perbelanjaan harian. Semakan semula SST berkuatkuasa 1 Julai 2025.
Berikut adalah butiran yang mudah faham berkenaan pada yang kekal dan apa yang berubah bermula 1 Julai ini ;
- Kadar 0% / tiada kenaikkan (kekal) : keperluan asas harian seperti ayam, ikan, lembu, beras, tepung dan lain-lain
- Kadar naik 5% : Barang pilihan seperti ketam besar (king crab), salmon, cendawan truffle, buah-buahan import, minyak pati dan berkaitan.
- Kadar naik 10% : Barangan pilihan premium seperti basikal lumba, lukisan antik dan berkaitan.
Untik lebih memudahkan fahaman, SST tidak dikenakan kepada barang-barangan asas yang digunakan oleh majoriti rakyat. Sebagai contoh, gula jenis di dalam gambar dikenakan cukai SST :
Untuk lebih butiran lengkap berkenaan cukai baru yang dikenakan ini, anda boleh kunjungi laman web rasmi – CUKAI JUALAN SST 2025 sebagai panduan. Pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa berkenaan pengumuman pelbagai program dari kerajaan Malaysia.
The post Cukai SST : Senarai Barang Dikenakan dan Dikecualikan appeared first on Carianterbaru.