info

China Menggunakan Teknologi Untuk Memanipulasi Minda

Pentadbiran Biden telah menyenaraihitamkan dan menyekat berpuluh-puluh institut penyelidikan kerajaan China dan firma teknologi sektor swasta, atas tuduhan institut-institut ini menggunakan teknologi persenjataan untuk diguna pakai di dalam dan luar negara.

AS memberi amaran bahawa entiti ini bekerja sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan China yang lebih luas untuk membangunkan dan menggunakan bioteknologi, termasuk ‘senjata kawalan otak.’ Ia berkemungkinan akan digunakan dalam serangan dan sebagai juga sebagai sebahagian daripada tindakan kerasnya terhadap Uighur dan etnik minoriti Islam yang lain.

Penalti tersebut bertujuan untuk menghalang teknologi A.S. daripada dieksport lalu digunakan ke dalam projek ini dan menyekat akses mereka kepada sistem kewangan A.S.

Secara keseluruhan, 12 institut penyelidikan dan 22 firma teknologi China telah disenaraihitam oleh agensi dan disekat daripada sebarang eksport atau pemindahan teknologi A.S., kecuali dalam kes-kes terhad dengan berlesen.

Setakat ini masih tidak jelas jenis persenjataan yang mungkin sudah wujud, tetapi pemimpin tentera China telah memberi petunjuk tertentu selama bertahun-tahun tentang bioteknologi sebagai usaha mewujudkan bentuk ‘keupayaan serangan’ baharu, termasuk senjata ‘kawalan otak’ dan ‘serangan genetik etnik tertentu.’

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Back to top button