MyLesen

Cara Mohon Lesen Motorsikal Percuma Melalui Program MyLesen B2 JPJ

Cara mohon lesen motorsikal percuma tahun 2025 melalui program yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Program MyLesen B2 merupakan inisiatif oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk membantu golongan muda mendapatkan lesen motorsikal tanpa bayaran.

Melalui program ini, individu yang memenuhi syarat tertentu dapat memohon lesen B2 secara percuma, yang membolehkan mereka memandu motosikal 250 C.C.

Syarat Kelayakan Mohon (MyLesen)

Untuk memohon lesen motorsikal percuma di bawah Program MyLesen B2, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Individu mesti berusia antara 16 hingga 35 tahun, dan mereka perlu menunjukkan bukti pendapatan rendah atau tiada pendapatan.

Kepada calon yang menyertai juga perlu lulus ujian teori yang ditetapkan oleh pihak JPJ sebelum layak untuk mendapatkan lesen tersebut. Antara syarat utama kelayakan mohon mylesen B2 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun hingga 35 tahun
  • Pelajar sekolah menengah atau golongan belia
  • Berada dalam kelompok keluarga B40
  • Sihat fizikal dan mental
  • Tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu Malaysia
  • Tidak mempunyai senarai hitam JPJ / PDRM atau Mahkamah.

Cara Mohon Lesen Motorsikal MyLesen

Proses untuk memohon lesen motorsikal melalui Program MyLesen B2 adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman web rasmi JPJ.

Setelah borang lengkap diisi, pemohon perlu menyerahkan dokumen sokongan termasuk salinan kad pengenalan, bukti alamat, dan bukti pendapatan. Apabila semua dokumen disahkan, pemohon akan dijadualkan untuk menjalani ujian teori dan praktikal.

Setelah lulus semua ujian, pemohon akan menerima lesen motorsikal percuma secara rasmi. Program MyLesen B2 bukan sahaja memberi peluang kepada golongan muda untuk mendapatkan lesen, tetapi juga menjamin keselamatan di jalan raya dengan memastikan mereka terlatih dan bersedia untuk memandu.

Namun setiap program yang dibuka mempunyai kuota dan akan ditutup jika telah dipenuhi. Kepada peserta yang lulus, semua kos latihan dan ujian akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Program Mylesen B2 ini sangat memberi manfaat kepada golongan muda, jangan lepaskan peluang untuk daftar selagi masih dibuka.

The post Cara Mohon Lesen Motorsikal Percuma Melalui Program MyLesen B2 JPJ appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button