Cara Guna Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) disediakan pada halaman ini bagi mereka yang masih belum mengetahuinya. Untuk makluman umum, inisiatif SARA ini adalah merupakan bantuan dibawah Bajet Belanjawan tahun ini.
PERLAKSANAAN BANTUAN SARA UNTUK RAKYAT
Seperti sedia maklum, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan yang diberikan secara automatik tanpa perlu memohon. Pemberian SARA diberikan mengikut data maklumat penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan SARA diberikan secara berperingkat setiap bulan dikreditkan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad setiap individu. Pada tahun ini sekitar 5 juta penerima SARA bulanan dan 22 juta penerima SARA one-off.
Kadar bayaran keseluruhan Sumbangan Asas Rahmah adalah sehingga RM2200 setahun termasuk bayaran SARA one-off Ogos lalu. Nilai bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit, pembelian barang basah seperti ayam dan ikan tidak layak.
CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH
Bagi yang terlepas pandang, berikut adalah panduan cara mudah guna bantuan SARA :
- Pilih barangan keperluan yang diinginkan – Pastikan setiap barang yang dipilih mempunyai label SARA pada tanda harga
- Tujukkan mykad – Selepas membuat pilihan barangan, sila tunjukan mykad di kaunter pembayaran untuk pengesahan
- Imbasan Kod barang – Setiap barang akan diimbas oleh juruwang dan hanya perlu membayar menggunakan mykad untuk transaksi
- Amaun terhad – Setiap akaun mempunyai baki nilai bantuan, jika jumlah barang melebihi nilai bantuan dalam mykad, anda perlu menambah bayaran menggunakan duit sendiri
- Resit bayaran – Pastikan anda menyimpan resit bayaran untuk tujuan rujukan semakan.
Nota : Nilai bantuan SARA yang dikreditkan setiap bulan tidak boleh ditukar kepada tunai, hanya dibenarkan untuk pembelian sahaja. Baki bulan ini akan ditambah ke bulan berikutnya, tempoh sah kegunaan adalah setahun.
Bagaimana untuk semak baki atau semak status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah? Anda boleh sahkan status kelayakan atau semak baki anda melalui laman portal rasmi https://www.sara.gov.my/
Masukkan no kad pengenalan anda pada halaman utama tersebut dan butiran akan dipaparkan pada skrin. Kepada yang layak jangan lupa untuk gunakan manfaat yang diberikan secara percuma ini.
KESIMPULAN
Selain SARA terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan MADANI. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan CEK DISINI untuk panduan lengkap!
The post Cara Guna Bantuan SARA : Panduan Lengkap Pembelian appeared first on Carianterbaru.