Bujang Layak Dapatkan Bantuan RM2700 : Geran Pelancaran
Bujang layak dapatkan bantuan RM2700 – Tahun ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melancarkan inisiatif yang penting bagi membantu golongan usahawan muda. Program Geran Pelancaran ini ditawarkan khususnya individu dalam kategori bujang B40.
Melalui program geran pelancaran, bantuan kewangan sebanyak RM2700 akan diberikan sebagai sokongan modal permulaan untuk mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan.
GOLONGAN BUJANG LAYAK DAPATKAN BANTUAN RM2700
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah sediakan bermacam jenis program bantuan khusus kepada golongan B40 dan miskin. Antara bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini adalah melalui program Geran Pelancaran (GP).
Bantuan RM2700 ini terbuka kepada semua bujang B40 yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Dengan objektif untuk merangsang perkembangan usahawan dalam kalangan golongan muda, inisiatif ini memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan idea-idea perniagaan yang kreatif dan berdaya saing.
Pemohon perlu menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam merancang perniagaan mereka untuk layak menerima bantuan ini. Pemberian bantuan modal RM2700 bukan sekadar satu sumbangan kewangan, tetapi ia merupakan langkah yang strategik untuk membantu individu dalam memulakan perjalanan perniagaan mereka.
Dengan adanya bantuan ini, usahawan muda boleh menumpukan perhatian kepada proses pengoperasian perniagaan, tanpa dibebani dengan tekanan kewangan pada peringkat awal. Ia juga memberi peluang untuk menguji idea perniagaan sebelum membuat pelaburan yang lebih besar.
SYARAT LAYAK DAPATKAN BANTUAN RM2700
Mereka yang ingin mohon bantuan GP ini perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun keatas
- Golongan B40 dan pendapatan di bawah PGK
- Merupakan penerima bantuan kerajaan seperti STR, BSH, Ekasih, Mykasih dan SARA.
LANGKAH CARA DAPATKAN BANTUAN GP RM2700
Berikut disediakan panduan cara mohon bantuan GP pada tahun ini ;
- Layari laman web rasmi eBantuan JKM
- Pilih bahagian program geran pelancaran
- Isi borang dan maklumat pada bahagian yang disediakan
- Semak semula borang sebelum klik hantar
- Pemohon akan dimaklumkan kelulusan jika layak.
Pendaftaran juga boleh dibuat secara manual di pejabat kebajikan daerah / bahagian berdekatan kediaman.
BANTUAN LAIN
Kerajaan MADANI telah perkenalkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – CEK DISINI sebagai rujukan.
The post Bujang Layak Dapatkan Bantuan RM2700 : Geran Pelancaran appeared first on Carianterbaru.