Bujang B40 Terima RM600 setahun melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan bantuan dibawah Belanjawan 2025.
GOLONGAN BUJANG B40 LAYAK TERIMA STR RM600
Kerajaan MADANI telah melaksanakan bantuan tunai STR atau Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2025. Kategori yang terlibat adalah belia bujang, isi rumah dan warga emas dari golongan B40, M40 dan miskin.
Bagi kategori belia bujang berumur 21 tahun keatas dari keluarga B40, anda layak untuk menerima bayaran bantuan tunai sebanyak RM600 setahun. Pengagihan bayaran ini disalurkan secara berperingkat melalui 4 fasa.
Peruntukkan bantuan STR ini memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia terdiri dari kalangan belia, dewasa dan orang tua. Dengan adanya perlaksanaan inisiatif ini dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat pada tahun ini.
JADUAL & KADAR BAYARAN STR BUJANG RM600 SETAHUN
Berikut dikongsikan jadual & kadar rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah kategori Bujang B40 mengikut fasa :
- Bayaran STR Bujang fasa 1 : Januari 2025 (RM150) selesai
- Bayaran STR Bujang fasa 2 : April 2025 (RM150) selesai
- Bayaran STR Bujang fasa 3 : Ogos 2025 (RM150) selesai
- Bayaran STR Bujang fasa 4 : November 2025 (RM150) dalam proses
Penyaluran bayaran STR dilakukan secara terus ke dalam akaun bank setiap penerima pada tarikh yang ditetapkan. Bagi mereka yang tiada kad bank, penebusan bantuan secara tunai boleh dilakukan di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
CEK STATUS & KEMASKINI MAKLUMAT STR BUJANG B40 RM600
Bagi pengetahuan umum, sepanjang tahun ini kerajaan telah membuka portal untuk rakyat membuat semakan status baki dan kemaskini maklumat terkini. Anda boleh membuat semakan secara dalam talian melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Jangan lupa untuk kemaskini maklumat terbaharu jika ada sebarang perubahan bagi memudahkan urusan pembayaran akan datang. Program STR ini akan diperluaskan dan diteruskan lagi pada tahun hadapan.
KESIMPULAN
Selain program Sumbangan Tunai Rahmah terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan sepanjang tahun bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif-insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!
The post Bujang B40 Terima RM600 Setahun – Cek Status STR! appeared first on Carianterbaru.