BLP JKM : Bantuan RM200 sebulan disediakan untuk kategori belia B40 yang berkelayakan dan berkeperluan pada tahun ini.
BANTUAN RM200 SEBULAN MELALUI PROGRAM BLP JKM
Untuk makluman umum, terdapat sebuah inisiatif program yang ditawarkan khusus kepada golongan Belia pada tahun ini. Program Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini adalah sebuah inisiatif dibawah Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM).
Perlaksanaan program ini adalah bertujuan membantu kos asas semasa latihan dan meningkatkan potensi kerja selepas tamat program. Golongan belia boleh mengikuti latihan kemahiran dan perantisan berstuktur dalam program BLP ini.
Bantuan Latihan Perantis ditubuhkan adalah bagi membantu klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir dari persekolahan atau sedang menganggur. Kepada bekas pelatih atau bekas penghuni jabatan kebajikan yang mengikuti latihan praktikal juga layak memohon.
Bagi individu yang layak menyertai program latihan perantis ini akan menerima bayaran bantuan bulanan sebanyak RM200 sepanjang tempoh latihan. Program BLP ini sangat memberi manfaat kepada golongan muda yang berkeperluan.
SYARAT LAYAK DAFTAR BANTUAN BLP JKM
Untuk pengetahuan umum, berikut adalah syarat-syarat asas kelayakan untuk daftar program BLP tahun 2025 :
- Individu yang ingin memohon wajib berstatus – Warganegara Malaysia yang sah.
- Kelayakan umur – Berumur 18 tahun hingga 35 tahun.
- Status individu – Penerima bantuan JKM atau tanggungan / bekas pelatih / klien JKM / bekas pelatih khidmat masyarakat.
- Setiap individu layak mendaftar sekali sahaja.
PANDUAN CARA DAFTAR PROGRAM BLP JKM 2025
Bagi golongan muda yang berminat, pendaftaran boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan cara daftar telah disediakan di ruangan dibawah :
- Layari laman portal rasmi baharu kerajaan di https://ihsanmadani.gov.my/
- Klik pada bahagian “Kluster Pendapatan”
- Cari bahagian “Bantuan Latihan Perantis” dan klik maklumat lanjut.
- Semak butiran dan fahami program BLP tersebut sebelum memohon.
- Klik “Mohon Disini” Di bahagian bawah.
- Isi maklumat yang diperlukan dan dokumen penting bagi memastikan proses semakan berjalan lancar.
- Selesai dan tunggu keputusan.
Setiap borang permohonan akan melalui proses penilaian yang tulus bagi memastikan individu benar-benar layak menerima insentif ini. Untuk rujukan selengkapnya anda boleh semak di laman rasmi diatas atau hadir ke penjabat kebajikan berdekatan.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada laman utama.
The post BLP JKM : Bantuan RM200 Sebulan Untuk Kategori Belia B40 appeared first on Carianterbaru.