BANTUANBiasiswaIPTPelajar

Biasiswa Untuk Pelajar IPTA Bermula Tahun 2026

Biasiswa Untuk Pelajar IPTA akan dilaksanakan bermula tahun 2026 bagi menggantikan pinjaman PTPTN dari keluarga miskin.

INISIATIF BIASISWA UNTUK PELAJAR IPTA

BIASISWA UNTUK PELAJAR IPTA

Untuk makluman umum, terdapat sebuah pengumuman telah dimaklumkan baru-baru ini yang memberi manfaat kepada para pelajar. Pinjaman Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat pelajar miskin dan miskin tegar akan ditukar kepada pemberian biasiswa bermula tahun hadapan.

Mereka (pelajar) yang dari keluarga susah atau miskin berdasarkan data e-kasih yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berkelayakan. Ini merupakan salah satu langkah dibuat selaras dalam memastikan akses kepada pendidikan tinggi yang inklusif.

Perubahan dari bentuk pinjaman kepada biasiswa ini diharapkan dapat meringankan beban para pelajar yang kurang berkemampuan. Dengan adanya biasiswa ini dapat memberi ruang kepada golongan berkaitan untuk menumpukan sepenuhnya tumpuan terhadap pengajian mereka.

MANFAAT BIASISWA UNTUK PELAJAR

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata banyak manfaat yang akan diberikan kepada para pelajar. Biasiswa ini juga sebagai penghargaan kepada mereka yang berjaya untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian kelas pertama di IPTA.

Pihak kerajaan juga memberikan pengecualian bayaran balik kepada peminjam PTPTN berpendapatan B40 dan M40. Perkara sebegini adalah bagi memastikan golongan generasi akan datang turut berpeluang untuk menikmati kemudahan pembiayaan pendidikan.

Tambahan kerajaan umum pendidikan percuma PTPTN melibatkan sekitar 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian peringkat IPTA bermula tahun 2026. Peruntukkan sebanyak RM120 juta setahun disediakan untuk melaksanakan insentif khas ini.

Inisiatif ini merupakan pembaharuan nasional dan komitmen kerajaan dalam hal melaksanakan agenda Malaysia MADANI. Generasi mudah amat penting bagi sesebuah negara dan adanya pembaharuan biasiswa ini dapat membantu kelestarian pendidikan negara.

Perincian selanjutnya berkenaan perlaksanaan inisiatif biasiswa ini akan diumumkan oleh pihak PTPTN dalam masa terdekat. Untuk apa-apa perkembangan berkenaan biasiswa ini, boleh layari laman rasmi diĀ https://www.ptptn.gov.my/

PENUTUP & LEBIH LANJUT

Menerusi sidang Belanjawan 2026, kerajaan telah umum pelbagai program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi mengurangi beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan sesuai untuk anda, rujuk laman utama.

The post Biasiswa Untuk Pelajar IPTA Bermula Tahun 2026 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button