(BGP) Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 Sekaligus
(BGP) Bantuan Geran Pelancaran maksimum sehingga RM2,700 sekaligus/ one off ditawarkan kepada rakyat yang berkelayakan.
PROGRAM (BGP) BANTUAN GERAN PELANCARAN

Untuk pengetahuan umum, kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan bermacam program inisiatif untuk rakyat terutama kumpulan sasar. Salah satu inisiatif yang boleh dimohon pada tahun ini adalah Bantuan Geran Pelancaran (BGP).
Tawaran inisiatif ini bagi memperkasa ekonomi kumpulan sasar JKM yang mempunyai minat, produktif, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
Tujuan program BGP ini adalah mewujudkan pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari. Untuk mudah faham, program BGP ini adalah sebagai bantuan modal perniagaan kecil kepada individu yang berkeperluan.
Setiap pemohon yang diluluskan akan menerima bayaran bantuan Geran Pelancaran sehingga maksimum RM2,700 secara sekaligus. Mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sekali sahaja sepanjang tahun ini.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN GERAN PELANCARAN
JKM telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan BGP yang perlu dipatuhi seperti berikut :
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia sahaja
- Pemohon adalah merupakan kumpulan sasar JKM
- Tidak melebihi pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
- Golongan berkeperluan dan memerlukan.
Nota : Perlaksanaan program bantuan khas ini dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat dari tawaran bantuan khas ini.
CARA MOHON BANTUAN BGP
Bagi makluman umum, permohonan boleh dikemukakan secara manual di Pejabat kebajikan masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan kediaman. Untuk kemudahan, pendaftaran permohonan juga boleh dilakukan secara dalam talian.
Untuk butiran selengkapnya dan daftar permohonan, sila layari laman portal rasmiĀ IHSAN MADANI (BGP)
Segala maklumat berkenaan program BGP disediakan di halaman tersebut sebagai rujukan umum.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info lanjut.
The post (BGP) Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 Sekaligus appeared first on CARIANTERBARU.