Bayaran SARA MyKasih 2025 Berbaki 1 Kali Pembayaran
Bayaran SARA MyKasih 2025 kini berbaki 1 kali pembayaran sahaja yang dijadualkan akan disalurkan pada awal bulan Disember. Untuk makluman umum, program SARA MyKasih ini adalah sebahagian inisiatif dibawah Belanjawan 2025.
BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Seperti sedia maklum, inisiatif Sumbangan Asas Rahmah atau SARA Mykasih ini adalah merupakan bantuan tambahan kepada program STR. Hanya penerima STR sahaja berkelayakan menerima bayaran SARA ini tanpa perlu kemukakan permohonan.
Jumlah bayaran sehingga RM2,200 pada tahun ini dikreditkan ke dalam mykad secara berperingkat setiap bulan. Kategori penerima SARA yang layak adalah bujang, isi rumah dan warga emas berstatus B40, miskin dan miskin tegar.
Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk tunai, ianya disalurkan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad setiap penerima. Justeru penerima bantuan perlu sentiasa menjaga mykad dan perlu berfungsi dengan baik kerana setiap penebusan bantuan memerlukan pengesahan mykad di kaunter bayaran.
KADAR BAYARAN SARA MYKASIH DISEMBER
Bagi pengetahuan umum sehingga November ini, pembayaran SARA Mykasih berbaik sekali sahaja lagi yang akan dikreditkan pada bulan Disember nanti. Berikut dikongsikan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada setiap kategori pada bulan hadapan :
- Bujang (STR & Ekasih) : RM50
- Warga emas (STR & Ekasih) : RM150
- Warga emas (STR sahaja) : RM50
- Isi rumah (STR & Ekasih) : RM200
- Isi rumah (STR sahaja) : RM100.
Kadar bayaran diatas akan mula disalurkan ke dalam mykad setiap penerima pada awal bulan Disember 2025.
BERAPA KADAR JUMLAH SARA MYKASIH 2026?

Kepada yang terlepas pandang, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan insentif Sumbangan Asas Rahmah Mykasih pada tahun 2026. Di bawah disediakan maklumat jumlah bayaran SARA mengikut setiap kategori penerima :
ISI RUMAH
- Penerima STR dan Ekasih : RM2,400
- Penerima STR sahaja : RM1,200
WARGA EMAS
- Penerima STR dan Ekasih : RM1,800
- Penerima STR sahaja : RM600
BUJANG
- Penerima STR dan Ekasih : RM1,200
- Penerima STR sahaja : RM600.
Nota : Kadar jumlah bayaran diatas akan mula disalurkan setiap bulan ke dalam mykad bermula Januari sehingga Disember 2026. Untuk semak status terkini SARA, sila layari laman portal rasmi di https://www.sara.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan perpaduan telah perkenalkan pelbagai jenis program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk sepanjang tahun. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk anda mohon Semak Disini untuk rujukan lebih info.
The post Bayaran SARA MyKasih 2025 Berbaki 1 Kali Pembayaran appeared first on CARIANTERBARU.