BANTUANSARASumbangan Asas Rahmahsumbanganasasrahmah

Bayaran SARA Jun 2025 : Bantuan RM50/RM100/RM150/RM200

Bayaran SARA Jun 2025 akan terus dilaksanakan pada kadar RM50/RM100/RM150/RM200 secara berperingkat ke dalam mykad. Pembayaran bantuan sara bagi bulan Jun 2025 telah mula disalur secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu mencukupkan keperluan asas bagi belia, warga emas, dan isi rumah yang terlibat dalam program ini.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN SARA JUN 2025

Untuk pengetahuan umum, 5.4juta penduduk Malaysia layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi bulan Jun ini. Kategori yang terlibat adalah golongan B40, bukan miskin, miskin dan miskin tegar.

Kadar bayaran untuk bulan ini berjumlah RM50, RM100, RM150, dan RM200, bergantung kepada kategori penerima. Pembayaran ini adalah penting untuk memastikan setiap kategori dapat memenuhi keperluan dasar mereka.

Dengan bantuan yang diberikan, diharapkan penerima dapat meringankan kos pembelanjaan barang keperluan. Berikut adalah kadar bayaran SARA bulan Jun mengikut setiap kategori ;

  • Kategori isi rumah B40 / Bukan miskin : RM100
  • Kategori isi rumah miskin / miskin tegar : RM200
  • Kategori warga emas B40 / bukan miskin : RM50
  • Kategori warga emas miskin / miskin tegar : RM150
  • Kategori bujang (keluarga miskin) : RM50.

Untuk makluman, bantuan ini disalurkan bukan dalam bentuk tunai tetapi melalui e-wallet yang terikat dengan kad pengenalan atau MyKad penerima. Nilai bantuan yang dikreditkan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.

Ini memastikan setiap sen bantuan digunakan dengan bijak untuk pembelian barang-barang yang diperlukan. Adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang menukarkan nilai bantuan SARA yang diterima kepada tunai.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA JUN INI

Program SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan, bantuan diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sepanjang bulan ini penerima STR boleh membuat semakan status bayaran SARA melalui laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/

RUMUSAN LANJUT

Selain SARA, terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

The post Bayaran SARA Jun 2025 : Bantuan RM50/RM100/RM150/RM200 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button