Bayaran RM200 BUDI MADANI : Tarikh Bantuan Dikreditkan
Bayaran RM200 BUDI MADANI dikreditkan setiap bulan secara berperingkat kepada individu yang berkelayakan dan lulus permohonan.
PROGRAM BUDI MADANI RM200 SEBULAN

Tahukah anda terdapat sebuah inisiatif bantuan kewangan yang boleh dimohon sepanjang tahun ini oleh rakyat Malaysia. Program BUDI MADANI adalah sebuah inisiatif bantuan tunai subsidi bersasar dari kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat.
Mereka yang layak akan menerima bayaran bantuan secara automatik setiap bulan pada kadar RM200. Sehingga bulan Oktober ini ramai yang telah berjaya menerima insentif bantuan khas ini.
Program BUDI MADANI ini menyediakan beberapa kategori yang boleh dimohon mengikut kelayakan yang ditetapkan. Pertama, BUDI Individu iaitu bantuan tunai kepada pemohon yang mempunyai kenderaan jenis diesel.
Kedua, BUDI Agri-komoditi iaitu bantuan bersasar kepada peserta sektor pertanian/ komoditi yang layak mengikut agensi berkaitan. Bagi permohonan yang diluluskan pada bulan ini, mereka akan mula menerima bayaran pada bulan berikutnya.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM200 BUDI MADANI
Berikut dikongsikan jadual bayaran BUDI MADANI sepanjang tahun 2025 :

- Tarikh permohonan diluluskan (sebelum 31 Julai) : Tarikh bayaran (8 Ogos)
- Tarikh permohonan diluluskan (sebelum 31 Ogos) : Tarikh bayaran (8 September)
- Tarikh permohonan diluluskan (sebelum 30 September) : Tarikh bayaran (8 Oktober)
- Tarikh permohonan diluluskan (sebelum 31 Oktober) : Tarikh bayaran (7 November)
- Tarikh permohonan diluluskan (sebelum 30 November) : Tarikh bayaran (5 Disember)
- Tarikh permohonan diluluskan (sebelum 31 Disember) : Tarikh bayaran (9 Januari 2026)
Nota : Bagi sesi 2025 berbaki 2 bulan lagi tempoh yang boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini.
KELAYAKAN MOHON BANTUAN BUDI MADANI?
Dalam program BUDI MADANI terdapat 3 kategori permohonan yang boleh dikemukakan. Berikut dikongsikan syarat asas kelayakan untuk memohon :
- Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia
- Bantuan diberi keutamaan kepada isi rumah/ individu yang berpendapatan rendah/ sederhana
- Menepati syarat tambahan yang ditetapkan mengikut kategori permohonan yang dibuat
- Mempunyai akaun bank yang masih aktif diatas nama pemohon.
CARA SEMAK STATUS DAN MOHON BUDI MADANI
Kepada yang berminat, anda boleh semak status dan daftar permohonan secara dalam talian. Panduan ringkas telah disediakan seperti berikut :
- Layari laman portal rasmi BUDI MADANI diĀ https://www.budimadani.gov.my/
- Log masuk menggunakan no kad pengenalan dan pengesahan OTP jika diminta
- Pilih bahagian semakan status permohonan jika telah kemukakan permohonan
- Pastikan nombor akaun yang didaftarkan dan ejaan nama bersesuaian dengan dalam mykad.
Nota : Setiap individu layak untuk memohon sekali sahaja, permohonan melebihi 2 kali tidak akan dilayan.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban penduduk yang berkeperluan. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info.
The post Bayaran RM200 BUDI MADANI : Tarikh Bantuan Dikreditkan appeared first on CARIANTERBARU.