Bantuan KewanganFasa 2iSejahtera

Bayaran iSejahtera Fasa 2 Disalurkan Bermula Hari Ini

Bayaran iSejahtera Fasa 2 mula disalurkan bermula hari ini kepada semua penerima secara kredit melalui Electronic Funds Transfer (EFT). Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada semua kategori bantuan, memastikan setiap individu dan keluarga yang memerlukan menerima sokongan yang sepatutnya.

PEMBERIAN BAYARAN ISEJAHTERA FASA 2

ISEJAHTERA FASA 2

Kerajaan negeri Pulau Pinang dalam komitmen terhadap kebajikan rakyat meneruskan pelaksanaan program iSejahtera fasa kedua. Sekitar 9,400 penerima akan menerima manfaat berjumlah RM1.7 juta menerusi pembayaran fasa kedua ini.

Dalam fasa kedua ini, bayaran akan disalurkan kepada pelbagai kategori penerima, termasuk golongan bujang, keluarga berpendapatan rendah, dan warga emas. Kerajaan telah menetapkan kriteria tertentu bagi memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang paling memerlukan, memberikan kelegaan dalam situasi yang mencabar.

Antara bantuan yang disediakan dibawah program iSejahtera adalah seperti berikut :

  • Penghargaan Warga emas
  • Bantuan suri emas
  • Bantuan anak emas
  • Bantuan ibu tunggal
  • Bantuan Teksi dan Bas sekolah
  • Bantuan OKU.

Bayaran Isejahtera Fasa 2 akan dilaksanakan bermula hari ini. Penerima dinasihatkan untuk memeriksa status kelayakan melalui portal rasmi kerajaan.

Setiap individu yang layak akan menerima notifikasi yang menjelaskan jumlah bantuan yang akan diberikan. Pastikan anda mengambil tindakan sewajarnya untuk memanfaatkan inisiatif ini.

Dengan pelaksanaan bayaran ini, diharapkan ia akan sedikit sebanyak meringankan beban kewangan rakyat. Kerajaan komited dalam memastikan setiap bantuan disalurkan dengan tepat dan berkesan kepada yang memerlukan.

Semoga semua penerima mendapat manfaat daripada Bayaran Isejahtera Fasa 2 ini. Kepada pemohon baharu, sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan menerima bayaran isejahtera pada bulan 1 tahun 2026 (fasa 1).

Kepada orang awam yang berminat dan berkeperluan, pendaftaran permohonan secara dalam talian boleh dikemukakan melalui laman rasmi – https://isejahtera.penang.gov.my/

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan inisiatif iSejahtera, anda boleh hubungi talian khas Unit KEMARA di – 04 650 5699/5700.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan negeri dan persekutuan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai panduan masyarakat.

The post Bayaran iSejahtera Fasa 2 Disalurkan Bermula Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button