Bayaran Gaji Penjawat Awam Mei 2025 Diawalkan!
Bayaran Gaji Penjawat Awam bagi bulan Mei ini telah diawalkan, perkara ini telah diumumkan oleh Pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Perubahan ini dibuat sebagai persediaan bagi menyambut perayaan Pesta Keamatan dan Raya Aidiladha yang akan tiba tidak lama lagi.
PEMBERIAN BAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM DIAWALKAN
Tarikh rasmi untuk bayaran gaji sektor awam bagi bulan ini adalah pada 22 Mei 2025, iaitu hari Khamis. Pengkreditan gaji pada bulan ini diawalkan adalah khusus bagi menyambut pesta keamatan yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Mei 2025.
Dengan adanya pengumuman ini, semua penjawat awam boleh merancang kewangan mereka dengan lebih baik menjelang sambutan perayaan yang bakal berlangsung.
Pengumuman mengenai bayaran gaji yang dipercepatkan ini adalah inisiatif yang baik dalam memberikan bantuan kepada penjawat awam seiring dengan sambutan perayaan. Ia memastikan bahawa mereka mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan yang diperlukan.
Dengan langkah ini, diharapkan penjawat awam dapat merayakan perayaan dengan lebih tenang dan rasa kegembiraan. Tarikh rasmi bayaran gaji ini telah disahkan melalui dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak JANM baru-baru ini.
MANFAAT BAYARAN GAJI DIAWALKAN
Antara manfaat yang boleh diambil pembayaran gaji diawalkan adalah seperti ;
- Memudahkan urusan isi rumah menjelang sesebuah perayaan
- Membantu para penjawat awam untuk membuat perancangan kewangan lebih awal
- Meningkatkan pentadbiran urusan perbelanjaan keluarga
- Dapat mengelak kelewatan bayaran komitmen bulanan seperti ansuran kereta, pinjaman, bil utiliti dan sewa rumah.
TARIKH-TARIKH BAYARAN GAJI PENJAWAT 2025
Sepanjang tahun ini, kerajaan telah mengawalkan banyak bulan berkenaan bayaran gaji penjawat awam bagi membantu rakyat. Untuk semakan tarikh-tarikh bayaran gaji pada tahun ini, anda boleh rujukan laman rasmi JANM – https://www.anm.gov.my/perkhidmatan/pembayaran-gaji sebagai panduan lengkap.
MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Kepada yang terlepas pandang, kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban kos sara hidup penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada disediakan dan berkelayakan untuk didapatkan sepanjang tahun ini – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.
The post Bayaran Gaji Penjawat Awam Mei 2025 Diawalkan! appeared first on Carianterbaru.