Bayaran Bantuan BKK Jun 2025 Telah Mula Dikreditkan
Bayaran bantuan BKK untuk Jun 2025 telah mula disalurkan secara berperingkat kepada mereka yang berkelayakan. Program bantuan kanak-kanak ini adalah salah satu inisiatif penting di bawah belanjawan 2025 yang bertujuan untuk membantu keluarga dalam meringankan beban kewangan.
BAYARAN BANTUAN BKK SECARA BULANAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah umum program bantuan kanak-kanak (BKK) untuk meringankan beban kos sara hidup keluarga miskin dan kurang berkemampuan. Program ini menawarkan bantuan kewangan setiap bulan.
Kerajaan Malaysia telah menetapkan kadar bayaran bulanan untuk program BKK ini antara RM150 hingga RM1000 sebulan. Jumlah bayaran ini ditentukan berdasarkan keperluan dan kelayakan pemohon yang terlibat.
Dengan adanya bantuan kewangan ini, diharapkan ia dapat memberikan sokongan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Sebagai rujukan, berikut adalah kadar bayaran bulanan BKK 2025 mengikut kategori ;
- RM150 seorang : berumur 7 – 18 tahun
- RM200 seorang : berumur 6 tahun kebawah
- RM1000 sebulan : maksimum bayaran bantuan setiap keluarga.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BKK 2025
Sebelum kemukakan permohonan, anda perlu menepati kriteria kelayakan seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia menetap di negara ini
- Pendapatan isi rumah keluarga dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Kanak-kanak berumur 18 tahun dan kebawah
- Jika masih bersekolah sehingga menengah atas, permohonan boleh dipertimbangkan.
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BKK
Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan bantuan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini selagi pendaftaran masih dibuka. Proses permohonan secara dalam talian adalah mudah dan cepat.
Pastikan semua dokumen sokongan disediakan untuk memudahkan urusan. Oleh itu, bagi keluarga yang berhasrat untuk mendapatkan sokongan kewangan melalui program ini, jangan lepaskan peluang ini.
Daftar secepat mungkin bagi memastikan anda tidak terlepas dari bayaran bantuan BKK yang berpotensi membantu dalam menyelesaikan masalah kewangan harian. Berikut adalah panduan daftar permohonan bkk ;
- Layari laman web rasmi –eBantuan JKM 2025
- Pilih ruangan bantuan kanak-kanak
- Ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai.
Nota : Untuk pendaftaran permohonan secara manual, anda boleh kunjungi terus ke pejabat JKM berdekatan anda.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai program dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bayaran Bantuan BKK Jun 2025 Telah Mula Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.