BANTUANFasa AkhirSARA

Bayaran Akhir SARA 2025 Dikreditkan Awal Bulan Disember

Bayaran Akhir SARA 2025 akan dikreditkan ke dalam setiap mykad penerima pada awal bulan hadapan iaitu Disember tahun ini. Inisiatif khas SARA MyKASIH ini adalah sebahagian bantuan kerajaan dibawah bajet Belanjawan.

PEMBERIAN BAYARAN AKHIR SARA 2025

BAYARAN AKHIR SARA 2025

Seperti sedia maklum, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi 2025 kini hanya berbaki 1 kali sahaja. Pembayaran bayaran SARA fasa akhir akan mula disalurkan ke dalam mykad pada awal bulan Disember 2025.

Kategori penerima yang layak adalah bujang, isi rumah dan warga emas berstatus B40, miskin dan miskin tegar. Kadar bayaran bantuan ini diberikan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad setiap individu yang layak.

Bayaran yang akan dikreditkan adalah dari RM50 sehingga RM200 dan jumlah berdasarkan kelayakan setiap kategori penerima. Amaun bantuan tersebut boleh digunakan untuk beli barang keperluan di kedai runcit dan pasaraya berdaftar seluruh negara.

Kepada orang ramai, anda boleh membuat semakan status kelayakan dan baki bayaran akaun anda melalui laman portal rasmi SARA 2025 . Semua maklumat berkenaan Sumbangan Asas Rahmah disediakan di laman tersebut.

PERINCIAN BAYARAN AKHIR SARA

Untuk maklumat mudah dan ringkas, berikut dikongsikan perincian butiran bayaran SARA Fasa akhir :

  • Nama bantuan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  • Kelayakan : Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari kelompok B40, miskin dan miskin tegar
  • Jadual bayaran akhir SARA : Awal bulan Disember 2025
  • Kaedah pembayaran bantuan : Dikreditkan terus ke dalam mykad
  • Kadar bayaran dikreditkan : RM50 bujang, RM150 warga emas, RM100 isi rumah B40 dan RM200 isi rumah miskin
  • Laman web rasmi SARA : https://www.sara.gov.my/

Bagi yang tidak tahu atau terlepas pandang, program SARA ini akan diteruskan pada tahun 2026. Jumlah bayaran setiap kategori akan diubah dan berikut adalah kadar bantuan SARA 2026 mengikut setiap kategori :

SARA 2026

  • Bujang B40 : RM600
  • Bujang miskin : RM600 + RM600
  • Warga emas B40 : RM600
  • Warga emas miskin : RM600 + RM1,200
  • Isi rumah B40 : RM1,200
  • Isi rumah miskin : RM1,200 + RM1,200.

Bantuan diatas akan dikreditkan secara berperingkat setiap bulan bermula Januari 2026 sehingga Disember 2026.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon RUJUK SINI untuk lebih info bantuan.

The post Bayaran Akhir SARA 2025 Dikreditkan Awal Bulan Disember appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button