BaucarPerlindungan Tenang

Baucar Perlindungan Tenang 3.0 : Penerima STR Layak Tebus Baucar RM30

Baucar Perlindungan Tenang 3.0 – Setiap penerima STR layak tebus baucar RM30 secara percuma untuk biayai kos insurans. Bermula bulan Ogos ini semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah layak dapatkan insentif baucar percuma RM30 untuk kos produk insurans dan takaful pada harga mampu milik.

PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG 3.0

PVT3.0

Kerajaan telah memperkenal dan melaksanakan sebuah inisiatif lagi untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama penerima STR. Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 (PTV3.0) ini menyediakan baucar RM30 untuk sekurang-kurangnya langganan produk premium RM50 setahun.

Kerajaan memperuntukan RM60 juta dibawah Belanjawan 2025 bagi menampung kos produk perlindungan dibawah program PVT3.0 ini. Perlaksanaan kemudahan seperti ini sangat memberi manfaat kepada rakyat untuk masa panjang.

Program ini sama seperti PEKA B40 dan skim perubatan MADANI bagi memperkukuhkan lagi jaring keselamatan para pengguna. Menurut Perdana Menteri, setiap isi rumah wajib mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Bermula bulan ini, penerima STR boleh membuat semakan kelayakan dan penebusan baucar RM30 ini melalui laman portal rasmi PVT3.0 https://www.myptv.my/ . Pilihan lain anda boleh kunjungi mana-mana ejen, pengedar atau premis yang mengambil bahagian.

Kepada yang berkelayakan disarankan untuk dapatkan manfaat dari program yang disediakan ini kerana insurans sangat penting pada waktu memerlukan. Tuntutan baucar RM30 ini boleh dibuat sepanjang tahun.

KELAYAKAN TUNTUN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

Berikut adalah syarat asas kelayakan dapatkan baucar percuma PVT3.0 :

  1. Berstatus warganegara Malaysia
  2. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025
  3. Tawaran dibuka kepada 2 juta penerima STR sahaja
  4. Baucar disediakan secara percuma ini berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Nota : Jika anda telah menebus baucar PTV RM50 tahun 2021 dan PTV RM75 pada tahun 2022, anda masih layak untuk tuntut baucar PTV RM30 pada tahun ini. Tuntutan Baucar RM30 ini dibuka kepada 2juta penerima STR sahaja dan akan ditutup sekiranya kuota telah penuh.

KESIMPULAN

Kemudahan program seperti Baucar Perlindungan Tenang ini amat berguna dan bermanfaat untuk golongan B40. Untuk lebih info berkenaan senarai insentif bantuan yang disediakan sepanjang tahun ini, sila rujuk pada Halaman Utama untuk panduang lengkap!

The post Baucar Perlindungan Tenang 3.0 : Penerima STR Layak Tebus Baucar RM30 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button