BANTUANBAP 2026

BAP 2026 : Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Pelajar

BAP 2026 : Bantuan Awal Persekolahan RM150 untuk setiap pelajar akan disalurkan secara one-off pada awal tahun hadapan. Bagi makluman umum, bantuan khas ini adalah sebahagian inisiatif kerajaan dibawah Belanjawan 2026.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN : BAP 2026

Pada sidang Belanjawan 2026, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan perlaksanaan Bantuan Awal Persekolahan akan diteruskan pada tahun 2026.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan peruntukan sebanyak RM800 juta untuk program BAP 2026. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 5.2 juta murid sekolah kerajaan.

Perlaksanaan inisiatif BAP ini setiap tahun bertujuan bagi meringankan beban keluarga bagi penyediaan keperluan sekolah anak-anak. Dengan bantuan RM150 one-off ini sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan untuk peralatan ke sekolah.

SYARAT PENERIMA BANTUAN BAP 2026

Untuk makluman, tiada sebarang permohonan diperlukan untuk dapatkan insentif bantuan ini kerana bantuan diberikan secara automatik. Syarat kelayakan telah ditetapkan seperti berikut :

  • Status kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  • Tahap pendidikan : Murid tahun 1 sehingga pelajar tingkatan 6 atau setaraf
  • Jenis sekolah : Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah agama, sekolah swasta berdaftar, sekolah integriti, sekolah jalinan kasih dan henry gurney
  • Tiada had pendapatan keluarga diperlukan.

SOALAN LAZIM

Bagaimana bantuan awal persekolahan disalurkan?

Jawapan : Bantuan akan disalurkan melalui pihak sekolah kepada ibubapa atau pelajar dalam bentuk tunai.

Bila tarikh bayaran bantuan awal persekolahan 2026 akan disalurkan?

Jawapan : Tarikh rasmi bayaran bagi tahun 2026 masih belum diumumkan, namun berdasarkan tahun sebelum bantuan akan disalurkan pada Januari.

SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN 2026

Selain BAP, berikut adalah senarai bantuan pendidikan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan :

  • Biasiswa kecil persekutuan (BKP) : Peruntukan RM150 juta untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah
  • Bantuan am persekolahan (BAPs) : Peruntukan RM180 juta untuk pelajar miskin
  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) : Peruntukan RM870 juta bagi 870,000 murid seluruh negara.

Diharapkan dengan adanya pelbagai inisiatif berasaskan pendidikan diumumkan dalam BELANJAWAN 2026 dapat memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan pelajar.

PENUTUP & LEBIH INFO

Banyak lagi inisiatif bantuan dan kemudahan disediakan sepanjang tahun bagi membantu penduduk Malaysia yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang boleh lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan RUJUK SINI untuk lebih butiran.

The post BAP 2026 : Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Pelajar appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button