Bantuan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) memainkan peranan penting dalam menyediakan inisiatif kepada pelajar yang berkeperluan. Dengan matlamat memastikan bahawa pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua.
YPJ telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang menyokong pelajar sekolah rendah, menengah, serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
PROGRAM BANTUAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR
YPJ menawarkan pelbagai bentuk bantuan, termasuk biasiswa, bantuan kewangan, dan program sokongan akademik. Biasiswa diberikan kepada pelajar yang memenuhi syarat tertentu, manakala bantuan kewangan ditujukan kepada mereka yang memerlukan untuk menyelesaikan yuran pengajian dan kos pendidikan.
Melalui program-program ini, YPJ berusaha untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar dan keluarga mereka. Melalui inisiatif Yayasan Pelajaran Johor, pelajar dapat meraih peluang pendidikan yang lebih baik, sekaligus meningkatkan potensi mereka untuk mencapai kejayaan.
Penyediaan bantuan ini bukan sahaja memberi makanan kepada minda, tetapi juga memberikan harapan kepada pelajar dan keluarga mereka untuk masa depan yang lebih cerah. Dengan sokongan ini, diharapkan semua pelajar dapat sepenuhnya menikmati pengalaman pendidikan yang berkualiti.
JENIS BANTUAN YAYASAN PELAJARAN YANG DITAWARKAN
Antara program bantuan yang boleh dimohon dibawah YPJ adalah seperti berikut ;
- Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) – Inisiatif bantuan kos pendaftaran pelajar baharu
- Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) – Bantuan untuk pelajar cemerlang dalam akademik
- Pinjaman pelajaran dalam negara – Bantuan pembiayaan pendidikan pelajar dalam negara
- Inisiatif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) – Insentif bantuan untuk pelajar negeri Johor yang melanjutkan pengajian tinggi
- Tabung latihan kemahiran Johor – Inisiatif sokongan kewangan untuk bidang latihan kemahiran.
CARA MOHON BANTUAN PELAJARAN YPJ
Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang daftar permohonan bantuan dibawah YPJ pada tahun ini. Berikut adalah panduan mohon yang telah disediakan ;
- Layari laman portal rasmi YPJ – https://portal.ypj.gov.my/
- Pilih bahagian inisiatif yang ingin anda mohon
- Ikuti arahan yang disediakan dan isi borang permohonan sehingga selesai
- Jika permohonan lulus, anda akan dimaklumkan oleh pihak YPJ
- Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut berkenaan bantuan YPJ, anda boleh hubungi talian yang tertera pada laman utama tersebut.
LEBIH INFORMASI BANTUAN
Pelbagai program berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini khusus meringankan beban rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Sila semak senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai panduan umum.
The post Bantuan Yayasan Pelajaran Johor untuk Pelajar Sekolah dan IPT appeared first on Carianterbaru.